Monday, September 17, 2012

Rahsia Air



Manfaat ciptaan air daripada ALLAH untuk kita MANUSIA.

AIR SEBAGAI PELINCIR - Air bertindak sebagai pelincir sistem penghadaman dan sistem yang lain. Sebagai contoh, air liur membantu proses mengunyah dan menelan makanan serta memastikan partikel makanan dapat melalui corong esofagus dengan mudah. Ia juga bertindak sebagai pelincir di bahagian sendi dan o
tot. Berkurangnya pelincir di bahagian sendi akan mengakibatkan geseran yang menyakitkan badan seseorang.

MENGAWAL SUHU BADAN - Badan kita dapat mengawal suhu badan melalui sistem perpeluhan dari kelenjar peluh ke luar kulit yang menyebabkan kesan sejuk ke atas tubuh. Pergerakan air di dalam badan sistem selular badan amat penting kerana nutrien penting dibawa melalui plasma yang 92% daripadanya adalah air. Plasma darah memainkan peranan penting dengan mengawal pH tubuh badan dan keseimbangan osmotic sekali gus mengubah suhu badan.

MENGELUARKAN TOKSIN TERKUMPUL - Toksin terkumpul disingkirkan melalui pelbagai cara. Antaranya melalui peluh dan air kencing. Ia juga membantu sistem penghadaman dengan mengurangkan sembelit. Jadi, bahan buangan dapat dikeluarkan dari badan dengan lebih mudah. Jika bahan buangan ini tidak dapat dikeluarkan dari badan, seseorang akan mengalami pening kepala dan berisiko untuk mendapat penyakit lain disebabkan toksin yang terkumpul di dalam badan. Minum air dengan banyak juga meringankan beban sistem perkumuhan terutamanya buah pinggang dan hati.

MEMBAWA NUTRIEN PENTING - 92 % komposisi darah terdiri daripada air dan fungsi darah adalah mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh sel badan. Nutrien daripada makanan dipecahkan dalam bentuk larut air dan dapat menembusi dinding usus melalui kapilari serta menyerap ke dalam darah. Kemudian, nutrien dan oksigen ini diangkut dan disebarkan ke seluruh organ di dalam badan.

MENGEKALKAN KEREMAJAAN WAJAH - Penulis buku “The Water Secret: The Cellular Breakthrough to Look and Feel 10 Years Younger” yang juga seorang professor perubatan di Universiti of California, Howard Murad menyatakan mengambil air dengan banyak seperti yang disarankan boleh mencantikkan kulit dan menghilangkan kedutan wajah dengan memberi kelembapan kepada kulit. Jadi tidak boleh dinafikan air adalah pelembap wajah yang paling berkesan berbanding kosmetik yang berisiko mempunyai kesan sampingan.

MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN - Hasil Kajian daripada American Chemical Society melaporkan bahawa orang dewasa yang minum dua gelas air kosong sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam dapat mengurangkan pengambilan 75 hingga 90 kalori dalam setiap hidangan. Selepas tiga bulan kajian dijalankan, peserta kajian dapat mengurangkan purata 11 kilogram berat badan berbanding kumpulan yang tidak minum air sebelum makan.

Memandangkan banyak kepentingan air untuk sistem tubuh, kita perlu memastikan air yang diminum adalah daripada sumber yang bersih dan selamat. Air yang asalnya bertindak sebagai penawar penyakit kepada kita boleh berubah menjadi racun jika diambil daripada sumber yang tercemar atau tidak dijaga kebersihannya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...