Wednesday, February 29, 2012

Strawberry Lagi dan Lagi dan Lagi...

25 Februari 2012 memenuhi jemputan majlis perkahwinan di Ipoh. Dalam perjalanan balik, singgah bermalam di Cameron Highlands. Apa lagi... strawberry+coklat, strawberry pancake, aiskrim goreng strawberry, strawberry shake, strawberry tea, strawberry waffel... Hmmm.. yummy yummy..











Thursday, February 23, 2012

Amalan Rasulullah Sebelum Tidur

1. Bersihkan Tempat Tidur
2. Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur


3. Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu

Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.
1. Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
2. Jika hendak baring tidur, banyak caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur.
Imam an-Nasai’e  dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’  :
“Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.
3. Menutup bekas air yang terbuka
Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”
Dalam satu riwayat lagi menerangkan
“Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah.”
Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.

Sumber: imamudasyraf

Wednesday, February 15, 2012

Hati Sakit atau Hati Sihat

Intipati ceramah hari ini:


"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya. Untuk membaiki manusia, baiki hatinya."


Petanda Hati Sakit:
- Sombong diri
- Bersangka buruk
- Pemarah
- Hasad dengki
- Suka bermusuhan
- Mementingkan diri sendiri
- Suka mengumpat
- Tidak bersyukur
- Menurut hawa nafsu
- Lalai mengikuti perintah Allah
- Lupa akan kematian


Petanda Hati Sihat:
- Pemaaf
- Suka tolong orang
- Menjauhi perkara2 haram dan subahah
- Amanah dalam menjalankan tanggungjawab
- Redha dan sentiasa bersyukur
- Sabar menghadapi cabaran
- Bersangka baik
- Menjaga silaturrahim
- Disenangi dan sentiasa ceria
- Ikhlas dalam percakapan dan perbuatan
- Berusaha mencari ilmu
- Cepat menyedari kesilapan
- Sentiasa ingat Allah



Sunday, February 12, 2012

AL-QURAN: 10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH AD-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.



Tanda Awal Kanser dan 10 Penyebab Utama

1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.. 

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada. 

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air. 

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan. 

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit. 

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak. 

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam. 

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti. 

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan. 

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection). 

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher. 





10 PENYEBAB UTAMA KANSER 

(1) Makanan 
(2) Alkohol 
(3) Sinaran cahaya matahari 
(4) Pengambilan ubat 
(5) Perokok yang tidak aktif 
(6) Tembakau 
(7) Radiasi 
(8) Pekerjaan 
(9) Pencemaran air dan udara 
(10) Keturunan


Jantung Pisang Tumbuh Tanpa Daun


YAN BESAR – Walaupun batangnya dicantas, namun sebatang pokok pisang di Kampung Teluk Mat Acheh di sini masih mengeluarkan jantung pisang sekali gus membuatkan pemiliknya terkejut kerana tidak menduga kewujudan jantung pisang berkenaan.
Seorang pekerja am, Hashim Awang, 39, berkata, dia berpengalaman selama 15 tahun menanam pokok pisang di sekitar rumahnya namun tidak pernah mengalami perkara sedemikian.
Menurutnya, pokok itu ditanam kira-kira tiga tahun lalu dan lebih sepuluh kali berbuah sebelum dicantas di bahagian tengah batang pokok pisang itu olehnya sebulan lalu.
“Sebelum itu, bahagian atas pokok pisang terbabit terkulai hampir menyembah bumi dan kerana itulah saya mencantas bahagian itu dengan harapan pokok pisang itu akan ditumbuhi daunnya semula.
“Saya biarkan begitu sahaja selepas mencantasnya sejak sebulan lalu. Namun terkejut apabila pada Khamis lepas, saya lihat pokok pisang itu jantungnya tumbuh tanpa mengeluarkan daun seperti kelazimannya,” katanya.
Hashim berkata, dia menganggap ia sebagai satu bukti kekuasaan ALLAH SWT dan diharap memberikan rahmat kepadanya sempena Maulidur Rasul yang disambut umat Islam 5 Februari lalu.
Sementara itu, isterinya, Noraskin Lat, 40, berkata, mereka akan terus memelihara pokok pisang itu bagi memantau perkembangannya terutama untuk mengetahui sama ada buahnya tumbuh atau tidak.
“Kami selalu menanam pokok pisang di kawasan sekitar rumah namun kebanyakannya mati akibat faktor tanah di sini yang kurang sesuai.
“Kami tidak sangka pula pokok pisang yang telah dicantas ini boleh hidup dan mengeluarkan jantungnya,” katanya.

Sumber: Harian Metro Online/Sinar

Hujan Ikan

Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.
Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia.

Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.

Lokasi kejadian pelik ini berlaku di Lajamanu, Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!
Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir  sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.
Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.
Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.

Sumber: Harian Metro Online



Saturday, February 11, 2012

Kuasa Air Membelah Jalanraya

Subhanallah! Kuasa Air Sungai Membelah Jalanraya. Air merupakan anugerah Allah yang tak terhingga kepada umat manusia yang hidup di muka bumi. Tanpa air, kehidupan tidak dapat dijalankan. Bayangkan sahaja planet Marikh dan lain-lain, kerana tiadanya sumber air, kehidupan di planet-planet tersebut ternyata sangat mustahil. Bagi kebanyakkan orang, air tampak kurang berbahaya dan mempunyai fizikal yang agak lemah jika dibandingkan dengan api. Tapi ketahuilah bahaya air sebenarnya mempunyai kuasa yang terpendam. Tragedi tsunami di Indonesia dan Jepun menjadi saksi tentang kehebatan kuasa air.
Di bawah merupakan satu lagi kejadian pelik tentang kehebatan air yang dapat membelah sebuah jalanraya dengan mudah sekali.






Sumber: Harian Metro Online

Friday, February 10, 2012

Misteri Hajarul Aswad


Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )


Sumber: Saya Cinta Islam

Dewan Bahasa, Mac 2012



Wednesday, February 08, 2012

Dewan Bahasa, Februari 2012


Makan-makan Lagi...




Hijau Berganding Dengan Krim

Atas permintaan teman sekerja, Siti Norisha (sebaya anak mama pun..), mama berusaha menyiapkan gubahan sebagai hantaran balasan kepada pihak lelaki. Mudah-mudahan Esya suka dengan gubahan yang simple (seperti yang diminta).







Cuci-cuci Mata








Hari Lahir Abah dan Angah

Birthday Angah 31 Januari.... terpaksa tunggu 4 Februari.... sebab tunggu birthday abah pula.. hehe.

Mama berdoa semoga kedua-dua insan ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Semoga setiap apa yang dilakukan mendapat keredhaanNya.. 


Sunday, February 05, 2012

Sungai Congkak

Sempena cuti Maulidul Rasul, kami satu famili pergi berkelah di Sungai Congkak. Entah bila mama tak ingat kali terakhir mama ke sini. Rupa-rupanya sepanjang tepian sungai telah dibina pondok-pondok kecil oleh penduduk kampung. Sekurang-kurangnya mereka memperoleh pendapatan daripada pengunjung warga kota yang dahagakan pusat rekreasi, walaupun air sungainya dah agak cetek. Sebuah pondok kami dikenakan bayaran RM30.00 termasuk dua tempat letak kereta. Bilik air pula..... hmmm, disebabkan pemiliknya orang lain, sekali masuk dikenakan 50 sen.









Hari Lahir Ikhwan

28 Januari 2012 genaplah Ikhwan 3 tahun. Seronoknya dia bila dapat potong kek..




Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi SAW

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”

1. Melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. Bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.

3. Mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan   
(selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat

4. Bersamaan dengan selawat para malaikat

5. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat

6. Dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat

7. Dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.

9. Mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.

10. Mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban

11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. Mendapat darjat al-sidq

14. Ditunaikan segala hajat

15. Selamat sejahtera pada hari kiamat

16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga

18.Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat

19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa

21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu

22. Tidak akan merasai fakir

23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil

24. Mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga

26. Menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya 
nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut 
“Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat 
ke atas Nabi Muhammad s.a.w

28. Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat

29. Terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh

30. Disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak

31. Mendapat keberkatan Alalh

32. Mendapat kesempurnaan iman

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.

35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung

36. Teguh pendirian dengan kebenaran

37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.

39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.

40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri

41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya

42. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.


Sumber: Pondok Pasir Tumbuh

Wednesday, February 01, 2012

7 Jenis Wajah Mayat di Dalam Kubur

MOGA CATATAN INI MENDATANGKAN KEINSAFAN

(1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah.
Dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

(2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu serta lalai dalam solatnya.
sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

(3) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.

(4) Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

(5) Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi mengata dan mengumpat orang.

(6) Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba.

(7) Mayat yang wajahnya tersenyum,
itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...