Agak lama tak update blog mama nii... Banyak perkara nak dimasukkan, tapi tak berkesempatan. Untuk memberi "mood" pada diri mama, eloklah mama masukkan gambar cucu mama ni, Ikhmal..
Setiap perkara ada gantinya... Setiap perlakuan ada ganjarannya... Setiap kejadian ada hikmahnya...
Showing posts with label Famili : Keluargaku Cintaku. Show all posts
Showing posts with label Famili : Keluargaku Cintaku. Show all posts
Tuesday, September 04, 2012
Sunday, May 20, 2012
Sunday, May 13, 2012
Hari Ibu
13 Mei... telah dinobatkan sebagai hari ibu. Sebenarnya, setiap hari merupakan hari ibu. Setiap ibu semestinya diingat dikenang pada setiap saat... didoakan kesejahteraannya pada setiap ketika.. Berbahagialah seorang ibu apabila mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah... mempunyai anak-anak yang sentiasa menyayangi mengasihinya...
Walaupun tidak ada hari tertentu untuk dikatakan hari ibu... tapi hari ini mama tersenyum bahagia apabila anak mama membawakan kek khusus untuk mama.. Terima kasih anak-anak mama.. Kebahagiaan dan kegembiraan anak-anak mama adalah kebahagiaan dan kegembiraan mama...
| Yang ini daripada Ikhwan buat opah.. |
Monday, April 30, 2012
Thomas and Friends
Cucu opah yang sorang ni.... tak habis-habis dengan permainanannya. Kini kegilaannya Thomas and friends.. Gembira tak terkata apabila dibeli oleh abahnya baru-baru ini. Apa-apa pun, permainan lain tetap juga dituntut!!!
Thursday, April 19, 2012
Fandi
Alhamdulillah... 14 April 2012, kami sama-sama meraikan majlis konvokesyen salah seorang anak mama, Fandi. Mudah-mudahan akan terus maju lagi..
Sunday, March 25, 2012
Thursday, March 15, 2012
Cucu Kedua Opah
Wednesday, February 08, 2012
Hari Lahir Abah dan Angah
Birthday Angah 31 Januari.... terpaksa tunggu 4 Februari.... sebab tunggu birthday abah pula.. hehe.
Mama berdoa semoga kedua-dua insan ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Semoga setiap apa yang dilakukan mendapat keredhaanNya..
Sunday, February 05, 2012
Sungai Congkak
Sempena cuti Maulidul Rasul, kami satu famili pergi berkelah di Sungai Congkak. Entah bila mama tak ingat kali terakhir mama ke sini. Rupa-rupanya sepanjang tepian sungai telah dibina pondok-pondok kecil oleh penduduk kampung. Sekurang-kurangnya mereka memperoleh pendapatan daripada pengunjung warga kota yang dahagakan pusat rekreasi, walaupun air sungainya dah agak cetek. Sebuah pondok kami dikenakan bayaran RM30.00 termasuk dua tempat letak kereta. Bilik air pula..... hmmm, disebabkan pemiliknya orang lain, sekali masuk dikenakan 50 sen.
Tuesday, January 24, 2012
Jalan-jalan Cuti Tahun Baru Cina
Oleh sebab tak ada perancangan untuk ke mana-mana pada cuti tahun baru Cina, kami sekeluarga hanya jalan-jalan, makan-makan di Alamanda, Putrajaya..
Al-Fatihah..
18 Januari 2011, sewaktu mama bermesyuarat, mama mendapat berita tentang kembalinya ke rahmatullah bapa saudara mama yang dikasihi, Abdul Hamid Mohd Akib. Semoga rohnya dirahmati dan dicucuri rahmat... dan semoga ditempatkan bersama-sama para solihin..
Mama bergegas balik ke kampung untuk memberi penghormatan terakhir... al-Fatihah..
Wednesday, December 07, 2011
Ulang Tahun Perkahwinanku
![]() |
| Terima kasih abang... sempena ulang tahun perkahwinan kita |
Alhamdulillah... Ya Rahman.. Ya Rahim... dengan izinMu jua 7 Disember kami lalui lagi. Tarikh ini pada tahun 1980, kami disatukan sebagai suami isteri.. Hari ini genaplah perjalanan jodoh kami selama 31 tahun. Aku amat bersyukur... setiap badai melanda, dapat kami tempuh bersama.. Susah senang kami bersama.. Tersilap terlanjur kami perbaiki bersama..
Aku memohon kepadaMu ya Allah... kekalkanlah kebahagiaan kami hingga ke akhir nyawa. Sihatkanlah tubuh badan kami semoga kami dapat terus mengecap kebahagiaan bersama anak cucu kami.. semoga kami dapat terus menjalani setiap perintahMu.. Limpahkanlah rahmatMu kepada keluarga kami ya Allah...
Saturday, December 03, 2011
Selamat Hari Lahir Fandi
3 Disember 2011 genaplah 20 tahun umur anak keempat mama, Fandi. Mama doakan semoga anak mama sentiasa dalam rahmat Allah... semoga berjaya di dunia dan di akhirat.. bahagia di dunia dan di akhirat..
| Kek untuk Fandi |
| Hadiah untuk Fandi |
| Mussel & garlic bread |
| Untuk abah |
| Bersama tiga anak bujang mama |
| Dengan Fandi |
| Dengan Fandi & Fahmi |
| Dengan Najmi & Fahmi |
Sunday, November 13, 2011
Hari Lahir Mama
Alhamdulillah... 12 November singgah lagi dalam hidup mama. Syukur kepadaMu ya Allah kerana masih mengizinkan aku hidup di bumiMu.. Sehari bertambah umurku.. bermakna sehari berkurang umur yang Kau tetapkan. Aku bersyukur dengan apa yang telah Kau kurniakan kepadaku sepanjang aku menjadi hambaMu.. Semoga hidupku terus bahagia.. di samping suami dan anak-anak tercinta. Semoga hidup kami sentiasa dalam berkat dan rahmatMu ya Allah.. Jadikanlah aku dan keluargaku manusia yang tidak lupa kepadaMu walaupun sedetik.. Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)






























