Wednesday, January 09, 2013

JANIN YANG TERLINDUNGI





"Gambar ini menunjukkan bayi yang baru saja lahir berserta kantung air ketubang yang masih dalam keadaan baik.

Gambar ini berbicara supaya kita semua berfikir bagaimana ALLAH AZZA WA JALLA menjadikan lendiran-lendiran ini sebagai wakil (pelindung) dari seorang janin tatkala ia berada di dalam kandungan ibunya,di saat dia tidak punya siapa-siapa melainkan ALLAH AZZA WA JALLA."

Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakkal seorang bayi sangat tinggi melangit,dibandingkan tawakkal kita kepada ALLAH AZZA WA JALLA,bayi tidak mampu berbuat apa-apa dan menyerahkan takdir sepenuhnya untuk diperlakukan apapun,untuk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. Tapi ALLAH AZZA WA JALLA Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dikirimlah malaikat penjaganya.

Gambar yang cukup mengkagumkan dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan & kuasa ALLAH AZZA WA JALLA.



Tuesday, January 01, 2013

Selamat Tahun Baharu 2013

Hmmm... lama betul tak update blog mama. Entah kenapa rasa malas nak update. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini kesihatan mama sering terganggu!! Apa-apa pun mama tetap bersyukur kerana masih diberi nafas untuk terus menikmati "kehidupan". Semoga tahun 2013 lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan setiap apa yang kita lakukan mendapat keberkatanNya.
"Selamat Menyambut Tahun 2013".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...