Monday, March 26, 2012

Panduan

1. Anak anda mendapat kecederaan di kepala hingga tidak sedarkan diri.

Tindakan awal anda mungkin membawa mangsa tersebut balik ke rumah atau mengejarkan mangsa ke hospital. SALAH! Mengikut pakar, tindakan bijak yang perlu dilakukan ialah menghubungi 'Talian Kecemasan' untuk bantuan kecemasan. 

Ini kerana dengan kecederaan kepala, anda tidak tahu betapa seriusnya kecederaan yang dialami. Mangsa mungkin turut mengalami kecederaan otak atau tulang belakang, dengan mengubah kedudukan mangsa mengakibatkan keadaan bertambah buruk.

Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan mangsa masih bernafas dan mempunyai nadi. Jika jawapannya ya, anda boleh menepuk mangsa sedikit dan memanggil namanya untuk melihat samada kanak-kanak itu masih sedar. Jika mangsa tidak bernafas mulakan CPR dengan segera.


2. Anak anda hilang di tempat awam. 

Tindakan awal anda mungkin mencarinya sendiri. SALAH! Dalam keadaan dunia sekarang, kita harus mengandaikan yang terburuk. Mencari seorang diri di tempat yang luas dan besar akan mengambil masa yang panjang. Tindakan yang sewajarnya ialah meneliti di kawasan sekeliling anda dan menjerit memanggil namanya. 

Jika itu tidak berhasil, minta pertolongan dan bantuan daripada kakitangan di tempat tersebut dengan segera. Pekerja dan kakitangan gedung-gedung yang besar selalunya telah dilatih untuk mengatasi situasi sebegini. Mereka boleh memantau laluan keluar masuk, memeriksa tandas-tandas dan sebagainya. Jika tindakan itu gagal untuk menemui anak anda, hubungi polis dengan segera.


3. Anda melihat anak kecil anda memegang botol ubat atau bahan keperluan rumah yang merbahaya dan anda tidak tahu samada ia telah menelannya.

Tindakan awal anda mungkin menyimpan bahan tersebut dan memerhati keadaannya samada jika dia mula jatuh sakit. SALAH! Pakar-pakar mengesyorkan supaya anda tidak tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. 

Sebaliknya, bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan atau hubungi bantuan kecemasan dengan segera. Mereka boleh memberi nasihat samada bahan tersebut tidak beracun atau pun membawa anak anda ke bilik kecemasan.


4. Anda dapat lihat tubuh anak anda di dasar kolam renang. 

Nauzubillah!!! Jika keadaan ini berlaku apa yang terlintas pada fikiran setiap ibu bapa ialah terjun dan selamatkan. SALAH! Mengikut kata pakar kebanyakkan orang tidak mampu untuk melakukannya bersendirian.

Tindakan yang sewajarnya; jika boleh, ialah dengan memberitahu orang lain apa yang terjadi dan meminta mereka menghubungi bantuan dengan secepat mungkin. Kemudian, sebelum anda terjun cari sesuatu untuk mengapungkan tubuh anda.

Sejurus keluar dari air, cuba hidupkan semula jantung dan paru-parunya dengan melakukan CPR. Teruskan CPR samada sehingga bantuan tiba, anak itu kembali pulih atau sehingga anda sudah tidak terdaya lagi.


5. Semasa perkelahan di tepi pantai, anak anda telah terkena senggatan ubur-ubur(jellyfish). 

Tindakan awal anda mungkin membasuh tempat senggatan tersebut dengan air bersih atau sebarang bahan alkohol atau bagi sesetengah orang menyiramnya dengan air kencing. SALAH!

Tindakan yang sepatutnya anda lakukan menurut pakar perubatan ialah, membilas tempat senggatan itu dengan air laut. Air tawar atau air yang anda rasakan bersih sebenarnya akan menambahkan kesakitan.

Seterusnya buang semua sesunggut binatang berkenaan yang boleh anda nampak. Tekap tempat berkenaan dengan cuka putih (white vinegar) sehingga kesakitannya hilang. Jika keadaan bertambah buruk kejarkan ke hospital. 

Friday, March 16, 2012

Kuasa Allah yang Sangat Hebat

Tornado

Angin Tornado adalah suatu angin pusaran yang sangat kuat. Skala di tengah-tengah adalah dari kumpulan arus kuat awan gelap yang merentang ke permukaan bumi. Apabila munculnya angin Tornado, kerap disertai dengan satu atau beberapa tiang awan berbentuk corong seperti “belalai gajah” dari dasar awan dan menjulur ke bawah, dengan disertai badai angin dan hujan, petir atau hujan air batu yang kuat.
Jika Tornado melalui di permukaan air, ia boleh menarik air ke atas sehingga membentuk tiang air berdekatan dengan awan. Jika melalui daratan, Maka ia akan merobohkan rumah, menumbangkan tiang elektrik, malah boleh menarik manusia, ternakan atau benda-benda lain ke dalam pusarannya dan dibawa ke tempat lain.
Angin Tornado selalunya akan terjadi pada waktu hujan petir di musim panas, dan sebahagian besar muncul pada petang hari hingga menjelang malam, skala terjangannya kecil. Tornado umumnya berkisar antara puluhan hingga ratusan meter. Waktu berlakunya Tornado ini biasanya hanya beberapa minit, paling lama juga tidak lebih dari beberapa jam.
Terjangan anginnya sangat kuat, kelajuan angin di sekitar pusat dapat mencapai 100-200 meter / jam. Daya kemusnahannya sangat kuat, tempat yang dilalui angin Tornado itu akan membuatkan pokok-pokok yang dilaluinya tercabut dari akarnya, boleh menterbalikkan kereta dan menghancurkan bangunan dan sebagainya, kadang-kadang ia menarik manusia pergi jauh sehingga membawa maut. 

Taufan
Sistem siklon (pusaran angin) daerah tropika yang agak kuat yang berlaku di perairan laut selatan dan Lautan Pasifik barat, dikenali sebagai Thypoon. Pada 1989 yang lalu, World Meteorological Organization (WMO) menetapkan bahawa ukuran rata-rata kekuatan angin paling kuat di sekitar pusat pusaran adalah di daerah tropika.
Pusaran yang sangat kuat ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu tekanan rendah tropika, badai angin tropika, badai angin tropika kuat dan taufan. Pusaran angin tropika dengan kekuatan angin di bawah 8 tingkat disebut tekanan rendah tropika, 8-9 tingkat disebut badai angin tropika, 10-11 peringkat disebut badai angin tropika kuat, 12 atau di atas 12 tingkat disebut Taufan. Pusaran angin tropika dengan kekuatan angin 12 tingkat atau di atas 12 tingkat di kebanyakkannya di negara Australia, samudera pasifik timur, samudera atlantik disebut Thypoon. 

Gempa Bumi
Gempa bumi adalah suatau getaran/gegaran cepat yang dipanggil dalam bahasa Inggeris ialah Redemption. Punca terjadinya gempa bumi ini adalah terbahagi kepada dua jenis: gempa bumi tektonik dan gempa bumi gunung berapi. Gempa bumi tektonik kesannya sangat kuat pada manusia.
Terjadinya gempa bumi ini kerana voltan bahagian dalam bumi, sehingga menyebabkan perubahan struktur bumi. Lapisan batuan dalam kerak bumi, di mana di bawah kesan tegangan bumi dalam jangka yang panjang. Akan terjadi cerun dan lekukan, Ketika voltan bumi yang terkumpul melampaui batas maksimum yang dapat ditahan lapisan batuan, maka akan terjadi kesalahan letak dan retakan secara tiba-tiba di kawasan lapisan batuan yang lemah, sehingga tenaga yang terkumpul dalam jangka masa panjang tiba-tiba dilepaskan, dan menyebar ke 4 penjuru dalam bentuk gelombang gempa, sehingga terjadi getaran di permukaan bumi yang sangat kuat.
Tsunami
Tsunami adalah suatu gelombang laut yang mempunyai daya perusak yang kuat. Aktiviti bumi seperti gempa bawah laut. Letusan gunung berapi atau tanah runtuh dan sebagainya kemungkinan juga akan mengakibatkan Tsunami. Ketika terjadi gempa, stratum (lapisan) di dasar laut mengalami keretakan, sebahagian stratum naik atau tenggelam secara tiba-tiba, dan inilah yang menyebabkan segenap lapisan dari dasar laut hingga ke permukaan mengalami “goncangan” keras. Goncangan ini tidak sama dengan gelombang yang biasa kita lihat. Gelombang laut umumnya hanya naik di sekitar permukaan bumi, tahap kedalamannya tidak besar. Sedang “goncangan” air laut yang disebabkan gempa adalah naik turun segala sistem air dari permukaan laut ke permukaan daratan, tenaga yang terkandung di dalamnya sangat mengejutkan.
Letusan Gunung Berapi
Gunung berapi bukan bukan bermaksud gunung yang menyemburkan api, Yang disemburkannya adalah suatu zat kental bersuhu tinggi, dan zat ini disebut magma. Ketika gunung berapi meletus, pemandangannya akan tampak sangat menakjubkan. Kerana suhunya yang tinggi, dan mendapat tekanan kuat dari kerak bumi, sebab itulah jika bertemu dengan kawasan yang agak tipis dan bercelah, maka laharnya akan meluncur ke permukaan dengan deras.
Terjadinya gunung berapi adalah di bawah permukaan bumi, kawasan yang semakin dalam, maka suhunya juga akan semakin tinggi, di kedalamannya kira-kira 20 batu, tingginya suhu cukup meleburkan sebahagian besar batu-batuan. Saat batu menjadi cair ia akan mengembang dan memerlukan ruang yang lebih luas. Ketika tekanan lahar lebih besar dari tekanan batuan di permukaannya, akan meletus dan membentuk sebuah gunung berapi.
Sumber: Harian Metro/Halim Islam Online

Thursday, March 15, 2012

Pentingnya Bacaan yang Betul dalam Fatihah

Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat. Oleh itu, perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Sekiranya tersilap baca, bukan setakat bacaannya sahaja rosak, malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperuntukkan nama syaitan laknat yang wujud dalam al-fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

NAMA SYAITAN

1.DU LI LAH (dibaca tiada sabdu), sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (dibaca tiada sabdu), sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (dibaca tiada sabdu), sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (dibaca tiada sabdu), sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (dibaca tiada sabdu), sepatutnya KA NAS
6.IYA (tanpa sabdu), sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari

Dalam ayat ke-5, jika salah bacaanya akan membawa maksud matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!

7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat, semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:

a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin… sepatutnya dibaca, maalikyau-middin (‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m… sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…(perhati dalam Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع).. bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.


Darjat Seorang Isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa daripada suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tetapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan ada kalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama pada akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta daripada suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tetapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun, dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari pada zaman kebendaan ini, pada zaman orang memburu dunia, pada zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa, sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal atau kenderaan. Namun, kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai kerana Dia; sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Rasululllah SAW bersabda:
“Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada’ iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.

Sumber: MyIbrah


10 Sikap Buruk Manusia Dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Sumber: Ustaz Azhar

Maksud Al-Fatihah


Burger Bakar

Dengar khabar burger ni menarik perhatian. Memang kaw kaw katanya.. Semalam anak mama pun pergilah nak cuba.. Huh!! Kena ambil nombor giliran. Hmmm.. oklah.. beli burger ayam dan juga daging..


Burger ayam

Burger daging

Cucu Kedua Opah

Alhamdulillah... petang Sabtu, 10 Mac 2012, keluarga mama bertambah lagi.. seorang lagi cucu mama selamat dilahirkan. Cucu mama kali ini juga seorang lelaki.. Syukur kepadaMu ya Allah..

Selepas dilahirkan
Dah boleh balik rumah
Ikhwan dah dapat adik
Seronoknya abang long

Monday, March 05, 2012

Supaya Makanan Hadam

Mungkin ada di kalangan kita sering mengalami masalah sakit perut atau sukar membuang air besar kerana makanan yang dimakan tidak khadam dengan sempurna. Cubalah amalkan petua di bawah ini untuk meningkatkan pengkhadaman.

1) Makan dengan tenang. Beri masa untuk kita makan Tidak perlu gelojoh, nikmat makanan hanya dapat dirasai sepenuhnya ketika makan dengan tenang.

2) Luangkan sedikit masa untuk kunyah makanan sehingga lumat, barulah ditelan.

3) Makan pada masanya sebelum lapar dan berhenti makan sebelum terlalu kenyang.

4) Jangan disulami minum air ketika makan.

5) Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak perlukan dikunyah seperti nestum, bubur, madu, glukos, yogurt dan lain lain.


Saturday, March 03, 2012

Ketika Mengambil Wuduk



APA YANG KITA FIKIR KETIKA MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG? DARI KITA BERDIAM KOSONG, NIATLAH DENGAN YANG BAIK BAIK...

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".


Thursday, March 01, 2012

Diet Rasulullah SAW

Sebut tentang diet, pelbagai makanan yang menggoda kita setiap hari. Kalau ikutkan nafsu, dan ditambah pula tidak tau kesan-kesan daripada makanan yang kita ambil, datanglah pelbagai penyakit yang menghinggapi tubuh badan kita. Contohnya, kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan bermacam-macam penyakit lagi. 
Rasullulah SAW mempunyai kaedah tertentu supaya tubuh badan sentiasa sihat (dengan izin Allah).  


Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU (macam KOKTEL)


# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN
KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu... di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.


Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...