Monday, January 30, 2012

Hadis Qudsi

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Wahai Anak Adam:
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi dia masih mengumpul harta.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur, tetapi masih tertawa.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi dia masih
beristirehat.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya, tetapi dia masih tenang dengannya.
Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya.

Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.
Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka mengetahui sesungguhnya dia akan mati berseorangan, akan memasuki kubur berseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia.

Ketahuilah, "T
iada tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusanKu"



(Petikan Hadis Qudsi : Kitab Imam Al Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

Fig & Olive, Sunway Pyramid

Sedap juga makanan di restoran ini.. tapi harganya boleh tahan..










Tanzil - Quran Navigator

Tanzil - Quran Navigator

Tuesday, January 24, 2012

Sahara Tent, Alamanda











Jalan-jalan Cuti Tahun Baru Cina

Oleh sebab tak ada perancangan untuk ke mana-mana pada cuti tahun baru Cina, kami sekeluarga hanya jalan-jalan, makan-makan di Alamanda, Putrajaya..




Al-Fatihah..

18 Januari 2011, sewaktu mama bermesyuarat, mama mendapat berita tentang kembalinya ke rahmatullah bapa saudara mama yang dikasihi, Abdul Hamid Mohd Akib. Semoga rohnya dirahmati dan dicucuri rahmat... dan semoga ditempatkan bersama-sama para solihin..

Mama bergegas balik ke kampung untuk memberi penghormatan terakhir... al-Fatihah..


Wasiat Nabi Muhammad S.A.W. Kepada Saidina Ali R.A



Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tandanya:


1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR Itu ada 3 tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:


1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Monday, January 23, 2012

Tujuh Jenis Wajah Mayat di Dalam Kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. 

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.



Friday, January 20, 2012

Simptom Awal Gangguan Jin

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Sumber: CahayaIslam.Net

Jika Allah Belum Makbulkan Doa Kita


Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu… 
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini… 
Namun kemudian…
Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik. 
Kadangkala.. Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari di manakah matahari??
 ... Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi.
Itulah jalan Allah, indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan..
Jika kita meminta ikan paus, Allah bagi samudera dengan ombak yang besar…
Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri.
Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus bagi masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya..
Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita.
Yakin sahaja kepada Allah… Berusaha.. Jangan hanya berdoa sahaja kerana Allah hanya memberikan kemudahan, kita yang memanfaatkankemudahan tersebut..
Yakin kepada Allah.. kerana setiap masalah Insya-Allah dapat diselesaikan jika kita berusaha.
Dan syukurilah apa yang kita punya.. Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tetapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia..
Sabda Rasulallah Saw:
“Tidak ada seorang muslim yang berdoa melainkan akan dikabulkan, adakalanya disegerakan di dunia, adakalanya disimpankan untuknya di akhirat. Dan ada kalanya digunakan untuk menghapuskan dosa-dosanya sesuai dengan kadar doa yang ia ucapkan selama ia tidak berdoa untuk dosa atau memutuskan tali persaudaraan”.
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

Tuesday, January 17, 2012

Rukun Hidup

Kata-kata yang diambil dari status FB bekas guru di bekas sekolah mama..
Nampak kelakar... tapi ini adalah kenyataan



Rukun hidup ada lima:

1. Makan
2. Minum
3. Tidur
4. Kencing
5. Berak

Cuba kalau hilang salah satu daripadanya, tidakkah sengsara hidup kita?

Bayangkan berapa hari kita boleh bertahan sekiranya kita tidak melakukan salah satu daripada perkara di atas. Walaupun kita kaya dengan harta dan wang ringgit, tetapi kalau kurang salah saru daripadanya akan menyebabkan hidup kita tidak bahagia.

Apabila semua aspek itu sempurna, maka mudahlah bagi kita untuk beribadat, melakukan perkara-perkara kebaikan dan sebagainya sebagai pengisian hidup.


Thursday, January 12, 2012

Petua Kecantikan Semulajadi

PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

MENYERIKAN WAJAH

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.

MENEGANGKAN KULIT MUKA

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

MENGHALUSKAN KULIT

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

MERAWAT KULIT BERKEDUT

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

AWET MUDA

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

KULIT CERAH DAN LICIN

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

MENGEKALKAN KECANTIKAN

Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan kulit cantik. Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan.

MENEGANGKAN KULIT MUKA DAN MENGHILANG JERAWAT

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yang anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

MENGHILANGKAN PARUT DI KULIT

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

AWET MUDA

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

MENGHILANGKAN JERAWAT

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

MENGHALUSKAN KULIT MUKA

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi, kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

MEMERAHKAN BIBIR

Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

MENGEMBALIKAN SERI MUKA SELEPAS BERSALIN

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

MENGHILANGKAN LEBAM MATA

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

MENAIKKAN SERI MUKA

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

MENYEGARKAN MATA GATAL DAN LETIH

Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

MENYEGARKAN MATA

Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

RAMBUT LEBAT

Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut.

MELEBATKAN RAMBUT

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

MELENTIKKAN BULU MATA

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

MELEMBUTKAN RAMBUT.

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua minggu.

MEMUTIH DAN MENGILATKAN GIGI

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

KHASIAT BAWANG DAN HALIA

Tahukah anda bahawa bawang merah, bawang putih dan halia adalah sumber antibiotik dan anti kulat. Ia dianggap sebagai satu set ramuan yang paling berguna untuk untuk penjagaan kesihatan.
Bawang putih umpamanya bagus untuk menghindari cirit-birit dan batuk kering.Manakala bawang merah pula, boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh merendahkan kadar gula. Sementara halia, khasiatnya lebih daripada bawang merah dan putih. 

Sesetenagh pengkaji berpendapat bahan aktif yang terkandung di dalamnya menyerupai aspirin dan boleh melegakan kesakitan.
AWET MUDA

Pada dasarnya, seluruh gerakan salat bertujuan meremajakan tubuh. Jika tubuh lentur, kerusakan sel dan kulit sedikit terjadi. Apalagi jika dilakukan secara rutin, maka sel‑sel yang rusak dapat segera tergantikan. Regenerasi pun berlangsung lancar. Alhasil, tubuh senantiasa bugar.

Gerakan terakhir, iaitu salam dan menengok ke kiri dan kanan punya pengaruh besar pada ke¬kencangan. kulit wajah. Gerakan ini tak ubahnya relaksasi wajah dan leher. Yang tak kalah pen¬tingnya, gerakan ini menghin¬darkan wanita dari serangan migrain dan sakit kepala lainnya.

MENGEMPISKAN PERUT..

1.    Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.

1.    Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah : 
2.    Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
•    Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
1.    Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya. 
2.    Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung. 
3.    Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.



Makhluk Misteri Di Dasar Lautan Hindia


LONDON – Pengkaji dari University of Southampton menunjukkan gambar yang luar biasa, dari kehidupan di dasar Lautan Hindia. Pengkaji ini mungkin menjadi orang yang pertama yang telah menemukan spesies baru itu.

Telegraph, Jumat (30/12/2011), gambar tersebut dirakam menggunakan remote, iaitu robot bawah air (ROV) yang dikenali sebagai Kiel 6000. Sehingga kini para pengkaji telah dapat meneliti kawasan bawah air dari ventilasi gunung berapi, di lereng barat India selatan, Launtan Hindia.
Lubang udara bawah laut ini, atau dikenal juga sebagai ‘black smoker’, membuat perairan sekitar mereka jadi ia sangat panas dan kaya dengan mineral, serta memicu keragaman ekosistem di kedalaman perairan tersebut.
Para ilmuwan merakam berbagai makhluk, termasuk kepiting yeti, siput kaki bersisik, dan timun laut, yang diantaranya mungkin merupakan spesies baru.
“Tempat ini benar-benar suatu kawaasan persimpangan, bagi spesies yang hidup di lubang angin gunung berapi, di seluruh dunia,” kata profesor Jon Copley, ilmuwan dalam projek tersebut.
“Saya mengharapkan ada beberapa kemiripan dengan apa yang kita ketahui di Lautan Atlantik, dan lubang angin di Lautan Hindia. Dan itu benar, di sini kita juga menemukan jenis haiwan yang tidak ditemukan di wilayah lain di sekelilingnya, sehingga merupakan sebuah kejutan besar,” tambahnya.
Dia menerangkan, salah satu yang ditemukan adalah jenis kepiting yeti. Jon menyatakan kini ini ada dua spesies yang digambarkan sebagai kepiting yeti di Pasifik, dan ini berbeza tetapi tetap merupakan jenis haiwan yang sama dengan lengan panjang berbulu.
“Juga beberapa timun laut, yang tidak ditemukan di Atlantik atau lubang angin di India tengah, namun ditemukan di Pasifik,” tegas Copley.
Sumber: Harian Metro Online

Udang Di Dalam Lubang Gunung Berapi



PARIS – Lubang gunung berapi di sebuah lokasi rahsia di Laut Carribbean didapati mengandungi ribuan udang kecil yang tidak diketahui spesiesnya.
Menurut para penyelidik, lubang itu terdapat di selatan Kepulauan Cayman, lima kilometer di bawah permukaan laut.
Penemuan itu dibuat menerusi satu ekspedisi pada 2010 yang diketuai oleh seorang ahli geokimia marin Pusat Kelautan Kebangsaan Britain dan Jon Copley seorang ahli biologi di Universiti Southampton.
Mereka menggunakan sebuah robot kapal selam untuk meneroka lubang itu dan merakamkan gambar udang tersebut. – AFP

Ke Tandas Pun Ada Adatnya

ISLAM mengajar adab tertentu mengenai qadha hajat dan istinjak. Orang Islam tidak melakukan qadha hajat dengan keadaan tidak ingat kepada peraturan dan adab-adabnya.


Pelbagai peraturan telah tersedia untuk kehidupan manusia agar menjadi insan berakhlak mulia.


Sejak bangun tidur sebelum fajar hingga ke waktu tidur semulapada malam berikutnya, setiap detik dilengkapi dengan peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh agama Islam, untuk mengawal kehidupan manusia agar mereka dalam keredaan Allah SWT.

Makhluk diciptakan berpasangan. Begitu juga tarafsesuatu tempat, ada yang dikategorikan sebagai tempat baik serta mulia. Ada tempat digolongkan sebaliknya, iaitu tempat yang hodoh dan tidak dihormati agama.

Kanan dan kiri mempunyai falsafahnya tersendiri. Islam mensifatkan di kalangan orang yang mendapat keredaan Allah SWT di akhirat dikenali sebagai ‘Ahlul Yamin’ (orang yang mendapat suratan di tangan kanan).


Sementara orang yang gagal mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT, disebut sebagai ‘Ahlus Syimal’ (Orang yang mendapat suratan di tangan kiri).


Nabi s.a.w. menyimpulkan bahawa ‘kanan’ sebagai lambang kebaikan, kejayaan dan keredaan Allah SWT. Sementara kiri pula sebagai lambang kejahatan, kegagalan dan kemurkaan Allah SWT.


Sesuai dengan kedudukan sesuatu tempat, maka sepasang kaki antara kanan dan kiri berperanan mengikut kesesuaiannya.


Tandas suatu tempat yang diperlukan, tetapi ia dianggap hodoh oleh agama, maka kaki kiri selayaknya untuk memulakan langkah masuk ke dalamnya, kaki kanan untuk melangkah keluar darinya.


Bagi tempat yang mulia seperti masjid, mushalla dan sebagainya, semestinya dikehendaki melangkah masuk dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.


Demikian indahnya adab atau akhlak yang ditetapkan oleh syariat Islam, tujuannya untuk membina pekerti manusia walaupun dalam perkara yang kecil seperti qadha hajat.


Meskipun urusan qadha hajat dianggap remeh oleh segolongan manusia, mematuhi adab yang diajar oleh Nabi s.a.w. walaupun di tempat yang hodoh seperti tandas itu, pasti mendatangkan pahala kepada orang-orang beriman yang mentaati perintah Nabi s.a.w.


Tandas meskipun dibina dengan bahan yang mahal seperti marmar, jubin dan sebagainya, ia tidak menukar taraf jadi mulia dengan sebab materialnya yang bernilai tinggi.
Islam tidak menilai sesuatu binaan berdasarkan materialnya, sebaliknya berdasarkan taraf yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan manusia.


Masjid meskipun dibina hanya dengan batang pokok tamar dan beratapkan daun serta pelepahnya, sebagaimana masjid yang pertama kali dibina oleh Nabi s.a.w. di Kuba, ia tetap mulia kerana taraf masjid di sisi agama ialah sebagai ‘Rumah Allah.’


Di dalamnya tempat manusia sujud menyembah Allah SWT, serta melakukan pelbagai ibadah, zikrullah dan aktiviti-aktiviti lain dalam kemasyarakatan.


Tandas tetap dianggap tempat yang hodoh kerana di situ tempat manusia terpaksa dedahkan aurat kerana qadha hajat.


Sesungguhnya malaikat tidak berada di tempat manusia membuka auratnya, walaupun dalam situasi terpaksa.


Tandas menjadi tempat hodoh terbukti dengan larangan membawa ke dalamnya benda yang bertulis kalimah Allah dan Rasul-Nya. Jika membawa kalimah Allah ke dalam tandas pun terlarang, apatah lagi menyebut kalimah tersebut.


Justeru itu ketika keluar dari tandas disunatkan mengucapkan ‘Ghufranak’ yang bermaksud; memohon ampun kepada Allah SWT.

Apakah kesalahan dan dosa seseorang itu ketika berada dalam tandas, sehingga sebaik saja keluar lantas dianjurkan segera mohon ampun kepada Allah SWT?


Bagi insan bertakwa duduk dalam situasi terhalang daripada menyebut kalimah Allah SWT (zikrullah), ia adalah suatu pembaziran usia yang amat berharga itu.


Wajarlah baginya mohon ampun kepada Allah SWT, apabila terpaksa mensia-siakan detik usia yang dikurniakan kepadanya.


Wajar ikhtiar agar tidak terlalu lama berada di tempat yang hodoh itu.


Justeru itu Nabi s.a.w. mengajar cara duduk bertinggung dengan memberatkan ke kiri ketika qadha hajat, agar boleh mencepatkan proses keluar najis.


Dengan demikian dapat meringkaskan masa dan menjimatkan usia ketika berada di tandas. Bagi seorang mukmin dapat menunaikan qadha hajat dalam tempoh yang segera, adalah suatu nikmat yang wajar disyukuri. 


Justeru sebaik saja seseorang itu keluar tandas mengucap ‘Ghufranak’. Kemudian disusuli dengan ucapan syukur kepada Allah SWT, yang dengan izin-Nya telah mengeluarkan sisa makanan dan minuman yang tersimpan dalam perut, jika tidak keluar pasti akan mendatangkan mudarat kepada diri.


Sebaik saja sisa makanan dalam bentuk najis keluar, ia adalah suatu nikmat yang tidak dapat digambarkan. Lebih besar nikmat qadha hajat itu terutama bagi mereka yang mengalami penyakit sembelit dan sukar membuang najis.


Alhamdulillah syukur kepada Tuhan yang telah menghilangkan penyakit melalui qadha hajat itu, malah telah mengekalkan zat dan pelbagai vitamin terdapat dalam makanan dan minuman, yang diperlukan oleh tubuh badan.


Segala intisari zat dan pelbagai vitamin itu untuk tenaga bagi melaksanakan ibadat sebagai hamba Allah, dan lain-lain kegiatan dan keperluan setiap insan yang berperanan dalam keluarga dan masyarakat.

(Tulisan asal disiarkan dalam ruangan Mauizah Harakah cetak keluaran 1707)

Sunday, January 08, 2012

Dewan Bahasa, Januari 2012


Terbitan Januari 2012



Makanan dan Hikmahnya dalam Islam

Senarai Makanan Dan Hikmahnya:




Roti (khubz)


Roti yang paling bagus ialah roti yang diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya, antaranya termasuklah bagi melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak  seimbangan badan.

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (henna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sl)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.






Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...