Friday, December 31, 2010

Khasiat Kulit Kayu Manis & Madu

Suatu hari seorang kawan telah menyerahkan kepada mama salinan emel daripada kenalannya. Emel tersebut mengandungi petua menguruskan badan dengan mengamalkan pengambilan air rebusan kulit kayu manis dicampur dengan madu. Mama tidak berlengah-lengah, terus mencari artikel tentang khasiat kulit kayu manis dalam internet. Subhanallah... rupa-rupanya banyak sekali khasiat yang selama ini mama tidak ketahui.

Mama petik beberapa khasiatnya:
          


Arthritis
Campurkan satu bahagian madu kepada 2 bahagian air suam dan tambahkan satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis, buatkan adunan/“paste” dan urutkan perlahan-lahan kepada bahagian badan yang sakit. Biasanya kesakitan akan berkurangan dalam tempoh satu atau dua minit.

Atau
Pesakit arthritis boleh membancuh secawan air panas (suam) dengan dua sudu (sebaiknya guna sudu plastik) madu dan satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis untuk diminum dua kali sehari (pagi dan malam) setiap hari.

Keguguran rambut
Sesiapa yang menghadapi masalah keguguran rambut boleh menyapukan adunan minyak zaitun panas, satu sudu teh madu dan satu sudu teh kulit kayu manis kepada kepala sebelum mandi dan biarkan selama 15 minit, barulah dibasuh dengan air.

Sakit gigi
Buatkan adunan/”paste” dengan satu sudu teh serbuk kulit kayu manis dan lima sudu teh madu dan sapukan ditempat gigi yang sakit itu. Boleh dilakukan  3 kali sehari sehingga kesakitan itu hilang.

Demam selesema
Sesiapa yang mengalami demam selesema yang teruk, bolehlah meminum campuran satu sudu teh madu dan ¼ sudu teh serbuk kulit kayu manis dan air suam setiap hari selama 3 hari. Rawatan ini mampu menyembuhkan batuk yang kronik, demam selesema dan melegakan selesema dan hidung.

Kolestrol
Dua sudu teh madu, tiga sudu teh serbuk kulit kayu manis dicampur dengan air teh didapati menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 10 % dalam masa 2 jam.

Jangkitan Pundi Kencing
Dua sudu teh serbuk kulit kayu manis dicampur dengan satu sudu teh madu ke dalam segelas air masak lalu diminum. Ia dapat membunuh kuman yang menjangkiti pundi kencing.

Masalah Kesuburan
Telah diketahui sejak dahulukala, madu digunakan sebagai ubatan untuk menguatkan benih golongan lelaki. Bagi lelaki yang mengalami mati pucuk, mengambil dua sudu madu sebelum tidur setiap hari akan menyelesaikan masalah mereka. Di China, Japan dan negara timur jauh, wanita yang mengamalkan campuran serbuk kulit kayu manis dan madu berjaya hamil dan dipercayai menguatkan kandungan.

Penyakit Jantung
Sapukan bancuhan madu bersama serbuk kulit kayu manis ke atas roti dan dimakan setiap hari diwaktu sarapan dapat mengurangkan kolestrol dalam arteri dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung.

Sistem imun
Pengambilan madu dengan serbuk kulit kayu manis mengukuhkan sitem imun dalam badan dan menghindarkan serangan bakteria. Saintis juga telah menemukan kandungan vitamin, dan zat besi yang tinggi dalam madu.

Miang Kam

Miangkam - Kudapan tradisional Thailand. Mama baru tahu mengenainya melalui seorang kawan pejabat yang sering menyediakannya apabila ada majlis. Miang kam dalam gambar ini disediakan oleh mama sendiri untuk hidangan keluarga.

Ibu & Bapa Tercinta

Kasihnya ibu 
Membawa ke syurga 
Kasihnya saudara 
Masa berada


Berkorban raga 
Rela binasa 
Berkorban nyawa 
Tanda kasihnya 

Kasihnya ayah 
Sanggupkah berpisah 
Dan kasih anaknya 
Berkorban nyawa 

Biar pun jiwa 
Akan tersiksa 
Ikhlas dan rela 
Asal kau bahagia

********************************

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...

Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


Wednesday, December 29, 2010

Wajah-wajah kesayangan


Wajah ibu dan ibu-ibu saudara (sebelah ibu dan sebelah bapa)


Monday, December 27, 2010

Sunday, December 26, 2010

Permata Hati

Kalau ditanya tentang harta yang paling berharga yang mama miliki... sudah tentu anak-anak mama. Lima orang permata hati, empat lelaki dan seorang perempuan, sudah cukup membahagiakan mama. Permata hati mama bertambah lagi tatkala mama menerima menantu.. dan kini seorang cucu. Doa mama semoga anak-anak mama semuanya 'anak-anak yang soleh dan solehah'.. semoga sentiasa memilih jalan yang diredhai Allah.. sentiasa diberkati dan dirahmati ... dipelihara dan dilindungi, sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah.. berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat. Aminnn...



Along (Fadhli) - anak pertama mama yang telah punya kehidupan sendiri, yakni telah berumahtangga. Namun, setiap hujung minggu, kalau tiada apa-apa halangan, pasti akan bersama-sama mama & abah.


Kak Long (Sue) - menantu pertama mama, isteri kepada anak yang sulung. Kehadirannya menambahkan lagi permata hati mama & abah.


Angah (Fahmi) - anak kedua mama & abah. Agak berahsia.. dan punya citarasa yang agak berbeza daripada adik-beradik yang lain.


Ayang (Nadia)- anak ketiga yang juga satu-satunya anak perempuan mama & abah. Selalu dianggap anak yang manja tetapi bagi mama, anak-anak mama semuanya sama, tiada yang lebih dan tiada yang kurang dalam memberikan kasih sayang.. Cuma satu yang harus mama akui, rumah akan menjadi riuh rendah kalau Nadia ada..


Acik (Fandi) - anak keempat mama & abah. Semasa zaman kanak-kanak dulu, mama cukup bimbang dengan pembawaan Fandi... anak yang agak pasif dalam segala hal.. seolah-olah tidak boleh 'pergi jauh'. Alhamdulillah.. kini anak mama yang ini telah menampakkan kebolehan untuk hidup berdikari.


Paksu (Najmi) - anak bongsu mama & abah. Walaupun bongsu tidak bermakna kemanjaan diberikan berlebih-lebihan. Anak mama yang ini menjadi peneman mama semasa sendirian di rumah, sewaktu abah ke surau atau 'jogging'... Mama doakan semoga suatu hari nanti menjadi anak yang berjaya...


Ikhwan - cucu pertama opah & atuk, anak pertama kepada Along & Kak Long. Biasalah cucu pertama... seluruh kemanjaan keluarga dicurahkan kepadanya. Walaupun kadangkala ragamnya lebih, namun semua akan terhibur dengan keletahnya.. semua akan rindu tanpa kehadirannya.. Semoga cucu opah sentiasa sihat dan akan menjadi anak dan cucu yang soleh..


Friday, December 24, 2010

Quotations


Kebanyakan gambar ini mama 'snap' sendiri di tempat-tempat yang mama pernah sampai.





















E-mel hari ini


Tiada siapa di muka bumi ini yang menjalani hidup tanpa sebarang masalah. Cuma bagaimana cara masing-masing menangani dan berhadapan dengan masalah tersebut berbeza antara satu sama lain.

Adakalanya, masalah yang dihadapi memang betul-betul mencabar kesabaran dan berasakan bahawa ia tidak adil untuk diri anda.

Apabila semua itu berlaku, anda pasti tidak mempunyai mood atau semangat untuk meneruskan kerja atau aktiviti harian. Mood tidak baik itu akan dapat dilihat pada ekspresi wajah anda dan tanpa disedari membiarkan mood tersebut menguasai diri seterusnya memberi impak kepada orang lain.

Tahukah anda apabila mood anda tidak baik ia bukan sahaja memburukkan rupa anda malah menurut kajian, ia turut akan merendahkan sistem imunisasi tubuh. Dan apabila sistem imunisasi menurun anda kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.

Panduan di bawah boleh menaikkan semula mood yang hilang seterusnya membakar semangat untuk hidup dalam suasana yang lebih sihat, ceria dan harmoni.

Ketawa ubat terbaik

Terapi ketawa sebenarnya dizahirkan oleh seorang ahli terapi yang bernama Norman Cousins. Istimewanya, kajian menunjukkan apabila seseorang ketawa, ia menghasilkan imunisasi tubuh dengan tinggi terutamanya sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada penyakit kanser.

Apabila seseorang ketawa, otak menghasilkan hormon endorfin yang melengkapkan rasa penuh yakin dalam diri. Dan boleh dikatakan individu yang ceria mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding individu yang hidup dalam tekanan. Jadi, jika anda 'tak ada mood', pergilah tonton filem komedi atau baca komik kegemaran anda dan ketawa.

Terapi sentuhan

Sentuhan manusia memang menghasilkan pengeluaran hormon seperti endorfin dan DHEA yang memanjangkan usia dan merendahkan kesan tekanan.

Kajian menunjukkan, pesakit yang sering mendapat sentuhan dari orang tersayang lebih cepat sembuh dari perasaan sedih berbanding mereka yang tidak mendapat apa-apa sentuhan dari sesiapa.

Jadi, jika sahabat atau pasangan anda 'tidak ada mood', berikan mereka satu pelukan ikhlas dan secara tidak langsung mood anda berdua juga akan lebih baik.

Jana 'hormon muda' anda

Tidak perlu makan pelbagai jenis pil untuk kelihatan muda. Kajian membuktikan bahawa dengan dengan posisi bertinggung dan kaki menekan ke bawah akan menambah 'hormon muda' anda secara semula jadi. Lakukan posisi tersebut bersama senaman seperti angkat berat, bangkit tubi dan mendayung untuk menceriakan diri.

Tarik nafas dan lepas dengan dalam dan cara yang betul

Cara pernafasan yang betul amat penting untuk mengeluarkan toksin dan kotoran dalam badan anda. Mengikut kajian, dianggarkan bahawa seseorang manusia itu mengeluarkan kira-kira 30 peratus toksin dalam badan menerusi sistem pernafasan. Pernafasan yang betul juga membantu anda melapangkan fikiran, mengembalikan kecergasan dan menaikkan mood. Latih cara pernafasan dengan senaman seperti tai chi, yoga dan senaman lain.

Hidu bauan yang sesuai

Kajian membuktikan bau bauan mempunyai impak ke atas tubuh badan dan fikiran manusia. Apabila anda memberikan stimulasi kepada sistem saraf menerusi hidu bau yang wangi dan segar anda telah mengaktifkan sistem limbik yang ada di otak anda.

Sistem limbik ini amat berkait rapat dengan mood dan ingatan anda. Justeru, jika anda tiada mood, cubalah menghidu bauan aroma terapi seperti bunga jasmin, pohon eucalyptus atau anggur khusus untuk membangkitkan mood anda. Caranya dengan meletakkan sedikit pati minyak aroma terapi tersebut di poin akupuntur atau boleh juga di belakang tengkuk. Cara lain, titikkan minyak aroma terapi di dalam air panas yang dididih kemudian hidu wap tersebut. Pasti berbeza.

Khasiat bunga

Mengikut kajian bunga mampu memberikan keceriaan kepada orang sakit, sebab itulah kita digalakkan membawa bunga ketika melawat orang sakit. Warna bunga yang ceria mempunyai daya untuk mengubah mood kepada yang lebih baik. Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, seorang individu yang melakukan tugasan selama lima minit tanpa henti pada kekunci komputernya dan di tepinya pula terdapat jambangan bunga akan lebih rileks berbanding individu yang hanya mempunyai tumbuhan hijau biasa di tepi komputernya.

Thursday, December 23, 2010

Indahnya sekeliling kita... (Koleksi gambar yang mama ambil sendiri)


Sungai Perak - pemandangan dari Jambatan Bukit Sapi, Lenggong. 
'Sunset' di pantai Port Dickson

 Kundasang - Pemandangan dari atas jambatan gantung

 Zoo Taiping

 Hotel Rievera, Melaka

 Kuala Kedah

 Lombok, Mataram

 Lombok

 Bali


Bali

 Bali



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...