Friday, February 04, 2011

Rahsia Bulan dan Kelahiran

Kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Wallahualam...


JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam
* Pandai mengambil hati orang lain
* Pendiam kecuali telah dirangsang
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya
* Cukup sayang pada kanak-kanak
* Suka duduk di rumah
* Setia pada segala-galanya
* Perlu belajar kemahiran bersosial
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah
* Mudah menawan orang lain
* Agak pendiam
* Pemalu dan rendah diri
* Jujur dan setia pada segalanya
* Keras hati untuk mencapai matlamat
* Tidak suka dikongkong
* Mudah memberontak apabila dikongkong
* Suka kegiatan yang lasak
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
* Mudah mempamerkan marahnya
* Tidak suka benda yang remeh-temeh
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
* Sangat berani dan suka memberontak
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
* Pemerhatian yang tajam
* Suka hiburan dan sukan
* Suka benda yang bersifat seni
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan
* Mudah didampingi
* Sangat pemalu dan pemendam rasa
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
* Suka pada kedamaian
* Sangat peka pada orang lain
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
* Tidak cepat marah dan sangat amanah
* Tahu membalas dan mengenang budi
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
* Suka berangan-angan
* Suka melancong
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
* Kelam kabut dalam memilih pasangan
* Suka dengan hiasan rumahtangga
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL
* Sangat aktif dan dinamik
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri
* Punya daya mental yang sangat kuat
* Suka diberi perhatian
* Sangat diplomatik (pandai memujuk)
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
* Sangat berani dan tiada perasaan takut
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
* Emosi cepat terusik
* Cuba kawal perasaan
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan
* Kuat daya ingatan
* Gerak hati yang sangat kuat
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu 


MEI
* Keras hati & tegas
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi
* Pemikiran yang tajam
* Mudah marah apabila tidak dikawal
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain
* Perasaan yang amat mendalam
* Cantik dari segi mental & fizikal
* Tidak perlu dimotivasikan
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
* Mudah dipujuk
* Bersikap sistematik (otak kiri)
* Suka berangan
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
* Daya khayalan yang tinggi
* Permikiran yang tajam
* Pandai berdebat
* Fizikal yang baik
* Kelemahan sistem pernafasan
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong
* Tidak berapa suka duduk di rumah
* Tidak boleh duduk diam
* Tidak punya ramai anak
* Rajin dan bersemangat tinggi
* Agak boros


JUN 
* Berfikiran jauh & berwawasan
* Mudah ditawan kerana sikap baik
* Berperangai lemah lembut
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
* Idea yang terlalu banyak di kepala
* Bersikap sensitif
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera
* Bersikap suka menangguh-nangguh
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
* Cepat marah & cepat sejuk
* Suka bercakap & berdebat
* Suka buat lawak & bergurau
* Otaknya cerdas berangan-angan
* Mudah berkawan & pandai berkawan
* orang yang sangat tertib
* Pandai mempamerkan sikap
* Mudah kecil hati
* Mudah kena selsema
* Suka berkemas
* Cepat rasa bosan
* Sikap terlalu memilih & cerewet
* Kurang mempamerkan perasaan
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
* Suka pada barang yang berjenama
* Mudah menjadi eksekutif
* Kedegilan yang tidak terkawal
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan 


JULAI 
* Sangat suka didamping
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
* Agak pendiam kecuali dirangsang
* Ada harga dan maruah diri
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus
* Sangat menjaga hati orang lain
* Sangat peramah
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
* Berjiwa sentimental
* Jarang berdendam
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
* Tidak suka benda remeh-temeh
* Membimbing cara fizikal dan mental
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang
* Layanan yang serupa terhadap semua orang
* Tinggi daya simpati
* Pemerhatian yang tajam
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian
* Mudah dan rajin belajar
* Suka muhasabah diri
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
* Suka mendiamkan diri
* Suka duduk di rumah
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
* Tidak agresif kecuali terpaksa
* Lemah dari segi kesihatan perut
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet
* Minta disayangi
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih
* Terlalu mengambil berat
* Rajin dalam membuat kerja 


OGOS 
* Suka berlawak
* Mudah tertawan padanya
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
* Berani dan tidak tahu takut
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
* Pandai memujuk orang lain
* Terlalu pemurah & bersikap ego
* Nilai harga diri yang sangat tinggi
* Dahagakan pujian
* Semangat juang yang luar biasa
* Cepat marah & mudah mengamuk
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan
* Sangat cemburu
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti
* Cepat berfikir
* Fikiran yang berdikari
* Suka memimpin & dipimpin
* Sifat suka berangan
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
* Belajar untuk bertenang
* Sikap kelam kabut
* Romantik, pengasih dan penyayang
* Suka mencari kawan 


SEPTEMBER 
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur
* Sangat cermat, teliti & teratur
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
* Pendiam tapi pandai bercakap
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna
* Sangat sensitif yang tidak diketahui
* orang yang banyak berfikir
* Daya pentaakulan yang baik
* Otak bijak & mudah belajar
* Suka mencari maklumat
* Kawal diri dari terlalu mengkritik
* Pandai mendorong diri sendiri
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia
* Suka sukan, hiburan & melancong
* Kurang menunjukkan perasaannya
* Terluka hatinya sangat lama disimpan
* Terlalu memilih pasangan
* Sukakan benda yang luas
* Bersistematik 


OKTOBER 
* Suka berbual
* Suka orang yang sayang padanya
* Suka ambil jln tengah
* Sangat menawan & sopan santun
* Kecantikan luar & dalam
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan
* Sentiasa berkawan
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
* Cepat marah
* Macam pentingkan diri sendiri
* Tidak menolong orang kecuali diminta
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri
* Tidak suka terima pandangan orang lain
* Emosi yang mudah terusik
* Suka berangan & pandai bercakap
* Emosi yang kelam kabut
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
* Suka melancong, bidang sastera & seni
* Pengasih, penyayang & lemah lembut
* Romantik dalam percintaan
* Mudah terusik hati & cemburu
* Ambil berat tentang orang lain
* Suka kegiatan luar
* orang yang adil
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
* Mudah patah semangat 


NOVEMBER 
* Banyak idea dalam perkara
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
* Berfikiran kehadapan
* Berfikiran unik dan bijak
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
* Pemikiran yang tajam
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
* Sesuai jadi seorang doktor
* Cermat dan teliti
* Personaliti yang dinamik
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
* Terlalu degil dan keras hati
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya
* Tak suka marah kecuali digugat
* Mudah ambil berat terhadap orang lain
* Pandai muhasabah diri
* Cara berfikir yang lain dari orang lain
* Otak yang sangat tajam
* Pandai mendorong diri sendiri
* Tidak hargai pujian
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu
* Cuba sampai berjaya
* Badan yang sasa
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
* Suka duduk d irumah
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
* Bercita-cita tinggi
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER 
* Sangat setia dan pemurah
* Bersifat patriotik
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
* Bercita-cita tinggi
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
* Seronok bila didampingi
* Suka bercampur dengan orang
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
* Tidak pandai berpura-pura
* Cepat marah
* Perangai yang mudah berubah-ubah
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi
* Benci pada kongkongan
* Suka berlawak
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...