Thursday, February 03, 2011

Orang Yang Hatinya Hidup

Orang yang hatinya hidup... perasaannya hidup dengan Tuhan.

Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan...

Sering memikirkan dosa dengan Tuhan. Takut dan cinta dengan Tuhan. Selalu rasa bersalah. Walaupun dia beribadah tetapi dia rasa tidak sempurna. Dia rasa dia dalam kebesaran Tuhan. Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan rasa malu dengan Tuhan. Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan. Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan. Melihat orang membuat baik, merasakan dia perlu berbuat baik. Melihat orang membuat jahat, dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan. Dia rasa kasihan dengan orang itu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...