Monday, February 28, 2011

Biru Berbalas Merah

Sebahagian hantaran daripada pihak pengantin perempuan untuk Jae..









Makanan Halal Pengaruhi Kesihatan Tubuh Badan


Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

Sikap tak ambil berat pengguna Islam dorong penjual pandang remeh soal hukum

PEMBONGKARAN media massa mengenai penipuan penggunaan logo halal dan betapa bahan makanan haram dijual sebagai ‘halal’ di pasaran di negara ini, dari semasa ke semasa membuktikan masalah ini bukan isu baru.

Bagaimanapun, setiap kali isu ini didedahkan media, barulah pihak tertentu akan ‘melompat’ dengan pelbagai bentuk tindakan. Yang terbaru mengenai pengenalan logo halal baru yang dilengkapi ciri keselamatan lebih ketat.
Sebenarnya isu halal haram ini berkisar kepada tiga perkara asas iaitu, sikap pengguna yang beragama Islam terhadap nilai halal haram makanan dibeli, sikap penjual sama ada mereka menghormati pantang larang orang Islam dan penguatkuasaan daripada segi tindakan dan undang-undang sama ada mencukupi untuk membendung perbuatan menipu logo halal dan sebagainya.
Ramai di kalangan kita suka memilih makanan kegemaran mengikut kemampuan, keinginan dan selera masing-masing. Ramai melihat kelazatan dan khasiat yang akan diperoleh tanpa meneliti sejauh mana ia sesuai untuk dimakan, terutama daripada segi kebersihan dan halalnya menurut syariat agama.

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis baginda yang diriwayatkan oleh Muslim bersabda; “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih dari apa yang kami kurniakan kepada kamu”.

Baginda kemudian menyebut bahawa seorang lelaki yang sedang berjalan jauh dengan keadaan kusut masai rambutnya dan berlumuran debu. Manakala kedua tangannya pula menadah ke langit sambil berdoa, “Ya Tuhanku, pada hal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, maka betapakah boleh diperkenankan oleh Allah SWT doanya.”.

Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan yang berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan pada masa yang sama akan kebersihan dan kesuciannya daripada segi syariat agama.
Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis Baginda yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud; “Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Islam begitu menitikberatkan soal kesihatan umatnya. Seseorang insan mukmin yang sentiasa prihatin terhadap soal kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari, maka pasti akan lahir nur keimanan dalam dirinya untuk turut sama menjaga kebersihan diri secara keseluruhannya termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan dan sebagainya.

Dalam ibadat asas agama iaitu solat sendiri, aspek terpenting yang ditekankan ialah perihal kebersihan diri. Allah tidak akan menerima solat hambanya yang beribadat dalam keadaan kotor dan hina. Ia sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Hibban iaitu; “Menjadi bersihlah kamu kerana sesungguhnya Islam itu bersih.”

Islam begitu syumul dalam pemilihan makanan yang bersih dan halal. Dalam surah al-Nahl ayat 114-115, Allah Taala berfirman; “Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu dari benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.”

Makanan yang haram, sama ada daripada bahan dicampur najis dan benda syubhah atau daripada punca yang tidak halal dan syubhah, maka pasti akan datang tiga bahaya besar kepada sipemakannya.

Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa seseorang sehingga dia berasa lebih gemar melakukan kejahatan dan maksiat dan bencikan kerja kebajikan dan ketaatan. Kedua, sebarang doanya tidak akan dimakbulkan Allah dan ketiga, ia akan menyebabkan dia akan mendapat keseksaan neraka Allah di hari akhirat kelak.

Apa jua bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya sebagaimana disarankan agama Islam yang suci. Makanan seimbang umpamanya akan dapat menghindarkan diri seseorang itu daripada dihidapi penyakit tertentu.

Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi adalah udara. Amat bertepatan dengan kaedah ilmu Sains dan Kesihatan sendiri, itu sebenarnya yang amat sesuai dan perlu diamalkan setiap manusia.

Insya-Allah jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, sudah pasti kita bukan saja akan dapat merasa nikmat kenyang, tetapi juga hidup akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah Taala.

Daripada aspek adab pemilihan makanan pula, insan mukmin perlulah menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka, dari tin yang sudah berkarat, makanan yang sudah layu dan sebagainya. Kita memakan sesuatu jenis makanan adalah untuk mendapat sejumlah tenaga yang mencukupi daripada zat yang terkandung di dalamnya.

Islam dan ilmu kesihatan begitu intim hubungannya. Sejak kecil ketika manusia dilahirkan dalam bentuk bayi, maka makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut seseorang bayi adalah susu ibunya. Selain terjamin kebersihan dan sucinya dari segi syariat, susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang antara seorang ibu dan anaknya.


Wanita



Betapa Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw telah mengangkat martabat wanita. Ketika semua orang memperlakukan wanita dengan sewenang-wenang, Islam telah memberikan pembelaan secara terang-terangan.

Ketika semua penguasa dan bangsawan menindas wanita-wanita tak berdaya sebagai permainan para lelaki, maka Islam pun datang membongkar praktik-praktik tak bermoral itu, dengan mengangkat kaum wanita dari kubangan lumpur, diangkat oleh Islam untuk menduduki singgasana yang penuh hormat, penghargaan, perlindungan, cinta, dan kasih sayang...

Berikut hadith-hadith mengenai wanita:

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Sekian, Wallahu a'lam.


Kaabah



Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat.

Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.


Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”


Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.


Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.


Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:

- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.


Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.


- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)














Sunday, February 27, 2011

Perkuburan Tidak Boleh Diagung atau Dihormati Seperti Masjid

 SUBHANALLAH ini adalah satu keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Syeikh Zubaidi, ahli sejarah Madinah seperti berikut:

“Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan kubah Nabi Muhammad SAW, kubah warna hijau di Masjid Nabawi di Madinah yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Ketika pelaku mencuba memanjat kubah itu untuk menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat itu pun mati di tempat itu. Anehnya tidak seseorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah itu. Ia juga menyatakan bahawa seseorang yang salih dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan ia harus dikuburkan di atasnya sebagai peringatan dan pengajaran bagi orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkannya kubah itu pada masa depan. Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di atas kubah dan menutup tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat orang.”

Maklumat mengenai ada mayat di atas kubah Masjid Nabawi, memang banyak dijelaskan melalui laman web (internet) yang boleh dilayari dengan judul ‘Ada mayat di atas kubah Masjid Nabawi’ dan adakah benar atau sebaliknya fakta ini?

Sesuatu maklumat atau khabar di dalam ilmu mantiq dan balaghah, mungkin boleh dipercayai ataupun tidak. Apa lagi maklumat itu tidak ada kaitan dengan ibadah atau akidah.

Kejadian itu bukan sekadar maklumat yang membuat kita terkejut mendengar dan melihatnya, bahkan ia fakta sejarah yang tidak dapat ditutupi selama ini kerana ditutupi oleh fahaman dan aliran atau golongan tertentu yang melakukan perbuatan provokasi itu.

Ramai jemaah haji, umrah, dan ziarah dari pelbagai negara seluruh dunia mengunjungi Masjid Nabawi dan melihat di atas kubah hijau itu, tetapi tidak perasan bahawa di sana ada sebungkah mayat terbujur.

Ada jemaah bertanya, mengapakah harus ada dua kubah berdekatan di atas mihrab raudah dan bekas rumah Nabi Muhammad SAW dan di bawah kubah hijau Masjid Nabawi terdapat pula makam Rasulullah SAW dan dua orang sahabatnya iaitu Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab RA.

Setelah memandang lebih fokus ke arah puncak kubah hijau itu, kita melihat seperti ada suatu bongkahan sehingga kelihatan kubah itu seperti ada sesuatu yang tidak rata di atasnya. Jika diperhatikan secara saksama, memang jelas ada sesuatu yang menempel di atas kubah itu dan menyatu warnanya (hijau) dengan warna kubah.

Tanpa ada niat untuk menimbulkan sensasi, setelah mempelajari komen yang tertulis dalam bahasa Arab di samping gambar itu seperti yang disaksikan pada mulanya makam itu adalah bilik Aisyah, isteri Nabi SAW dan rumah kediaman Rasulullah SAW. Justeru, kerana kesalahan kerajaan Islam terdahulu, makam itu dibina sebahagian daripada masjid.

Dalam hadis pun ada melarang menjadikan makam nabi sebagai masjid. Diriwayatkan daripada Abbad RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Allah SWT melaknat orang Yahudi dan Nasrani menjadikan kuburan nabi mereka sebagai masjid.” (lihat Fathul Barri).

Dalam konteks ini, Ibnu Hajar al-Asqalani, menjelaskan makna hadis di atas adalah larangan untuk mengagungkan dan membesarkan (memuja) kuburan, bukan larangan membina masjid dekat kuburan atau kuburan berada di dalam masjid.

Di mana pun lokasinya, kuburan (makam) tetap tidak dibolehkan untuk diagungkan seperti orang menghormati masjid. Sama halnya makam Nabi SAW yang berada di dalam masjid. Orang datang ke makam Baginda bukan bermaksud untuk mengagung dan memujanya tetapi sekadar untuk berziarah dan berdoa seperti Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menziarahiku setelahku wafat, sama seperti menziarahiku ketika aku hidup.” (Hadis riwayat Tabarani).

Di sinilah kesalahan ulama besar Syeikh Muhammad Abdul Wahab (1115H/1703M), pengasas fahaman dan aliran Wahabiyah dalam membanteras khurafat yang terjadi di Makkah dan Madinah, sehingga makam Nabi SAW pun jika dipindahkan dan kubah yang menaunginya dihancurkan.

Justeru, Allah SWT menunjukkan kekuasaan-Nya dengan mengirimkan sambaran kilat maut kepada pelakunya yang berniat jahat dan khianat untuk menghancurkan kubah Masjid Nabawi itu. Sehingga tidak ada seseorang pun yang sanggup menurunkan mayat itu hingga sekarang walaupun peristiwa itu berlaku 90 tahun yang lalu.

Namun Allah SWT ingin memperlihatkan kekuasaan-Nya, bahawa yang benar itu tetap benar, dan yang salah tetap salah walaupun dipertikaikan kerana yang benar itu mengatasi yang batil. Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang mendustakan ayat (tanda) keterangan Kami, mereka adalah bisu dan tuli di dalam gelap gelita. Sesiapa yang Allah kehendaki, akan disesatkannya, dan sesiapa yang Dia kehendaki, akan dijadikannya atas jalan yang betul lurus.” (Surah al-An'am,ayat 39). 

Oleh Ibrahim Abdullah 

 

Saturday, February 26, 2011

Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Friday, February 25, 2011

Kebaikan Buah dan Sayur Ungu





Bila bercakap tentang amalan pemakanan sihat, jangan lupa untuk memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna ungu dalam diet anda. Sebabnya buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut mengandungi antosianin, ia-itu pigmen asli berwarna merah, biru dan ungu. Menurut J. Scott Smith, profesor kimia makanan dari Kansas State University, antosianin adalah baik untuk kesihatan kerana ia adalah antioksidan yang kuat dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun, mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit.

"Kini antioksidan menjadi bualan ramai," kata Smith lagi. "Semua orang berminat dengan antioksidan kerana ia dipercayai baik untuk kesihatan."

Antosianin lebih lazim didapati dari buah-buahan berbanding sayur-sayuran, kata Smith, memerhatikan warna merah pekat dan ungu pada kulit epal dan anggur. Disebabkan antosianin sensitif kepada pH, ia akan kelihatan lebih merah atau biru bergantung kepada jenis makanan.

Antosianin biasa terdapat dalam buah beri; seperti blueberry, cranberry, raspberry, blackberry dan anggur merah (dan juga acaiberry, elderberry dan buah delima*).

"Itu sebablah mengapa orang berkata 'makan buah beri anda', kerana ia sangat baik untuk kesihatan," kata Smith.

Kata Smith lagi, ekstrak makanan yang mengandungi antosianin juga baik untuk kesihatan. Trend terkini industri makanan adalah menggunakan warna asli bagi menggantikan warna tiruan. Antosianin boleh diekstrak dari buah-buahan atau sayur-sayuran dan digunakan sebagai pewarna asli dalam makanan.

Wain merah diperbuat dari anggur, oleh itu ia juga mengandungi antosianin. Selain itu ia juga mengandungi resveratrol, sejenis antioksidan dan baik untuk kesihatan jantung.

Menurut Smith lagi, terdapat beberapa makanan ungu yang tidak begitu dikenali juga mengandungi antosianin. Sejak berkurun penduduk Amerika Selatan menanam jagung ungu. Terdapat juga bunga kubis ungu dan karot ungu.

Warna merah pekat dan ungu pada ubi bit bukan disebabkan oleh antosianin, kata Smith. Warna ungu pada ubi bit datangnya dari pigmen betalen, yang menggantikan antosianin dalam sesetengah pokok. Betalen juga adalah antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Sumber: HealthNewsDigest.com


Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat


Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.  Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. 


Selain itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. 

Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh, terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1, artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindak balas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV, hepatitis dan kayap. Terlebih tindak balas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:
  • Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.
  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.
  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.
  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.
  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.
  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.
Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang?
 Sumber: Sihat Sepanjang Hayat

Air Tangan Mama 4 - Biru Putih

Biru.. biru... dan biru... Kali ni Jae memilih tema biru. Jadi mama kenalah cari yang sesuai. Bila dah siap, oklah.. sedap mata memandang.

Dua hati menjadi satu... Kek ini mama tempah dengan kawan di pejabat, Kak Alijah. Mama suka dengan kreativitinya.

Cupcake ini pula dibuat oleh adik Miza.. mama bagitau tema mama biru, jadi inilah hasil kreativiti Miza..



Kalau ikutkan mama nak beli buah-buah tempatan, tapi bila fikir balik, takut layu dalam perjalanan... jadi mama beli je bual apple & pear.
Jae nak hadiahkan gelang dan sebentuk cincin kepada Rose selepas selesai akad nikah.. mama pun gubahlah tempat barang kemas seperti ini..
Buah tangan untuk para tetamu semasa majlis menyambut menantu nanti.. Mama dah selesai memasukkan pot pouri dalam bekas berbentuk love..

Beg ini bakal diberikan kepada rombongan pengantin perempuan. Di dalamnya akan diisikan telur dan baulu. Untuk menampakkan tema biru, mama tambah pin pada "love" tersebut supaya mudah digantung.

Inilah rupa "love" yang mama isikan pot pouri.

Ini pula beg gula-gula buat adik-adik yang hadir ke majlis menyambut menantu..

Biru dan putih... warna yang serasi..

Beg gula-gula biru..

Beg gula-gula putih.


Kerja Adalah Ibadah

Sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan seorang muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak. Namun kenapa masih ada komuniti pekerja yang memandang remeh mengenai kerja yang diusahakan dengan melakukan sambil lewa dan ala kadar. Salah satu punca yang dikenalpasti adalah kerana mereka menganggap kerja sebagai amalan rutin untuk mendapat upah atau hasil tanpa membabitkan perancangan, etika dan kualiti.

    Kerja merupakan” kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.Manakala ibadah bermaksud” kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya”. Apabila digabungkan ,ia bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah.

    Sesungguhnya bekerja amat dituntut oleh Islam bagi membolehkan umat manusia mendapat rezeki kurniaan Allah dan secara tidak langsung menjadi mekanisme memakmurkan muka bumi ini. Ini menepati penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah Taala berfirman dalam surah AtTaubah ayat 105 yang bermaksud:

“Katanakanlah(Wahai Muhammad):”Beramallah kamu(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan  kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”

Segala tindakan dan kerja hendaklah berorientasikan kepada ciri-ciri serta nilai-nilai kerja sebagai amal soleh dan bersifat sepadu antara duniawi dan ukhrawi, rohani dan jasmani. Allah Taala berfirman dalam surah Al Jumaah ayat 10 yang bermaksud:

“Kemudian setelah selesai solat,maka bertebaranlah kamu di mukabumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banykanya(dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat)

    Sesuatu kerja itu dikategorikan sebagai ibadah apabila ia bekerja untuk:

1.Bekerja untuk keperluan diri
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    “Jika pergi sesorang di antara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah, mulailah daripada yang terdekat.”

2. Bekerja untuk keperluan keluarga.

    Rasulullad S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mu’min yang bekerja (Hadiht)”.

3. Bekerja untuk keperluan masyarakat

    Umum mengetahui tidak semua manusia mempunyia kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah sebagai menepati firman Allah yang bermaksud: “Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui.”

4.    Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah

    Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubungan kait yang rapat dengan unsur kehidupan manusia didunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan dimuka bumi ini.

    Manakala cirri-ciri kerja itu, dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi perkara berikut:-

a)    Niat kerana Allah
b)    Berteraskan Iman dan taqwa
c)    Tidak meninggalkan yang wajib
d)    Mendapat ganjaran dunia dan akhirat

Namum sesuatu kerja itu dianggap sebagai ibadah apabila :-

a)    Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syara’
b)    Pekerjaan yang disertakan dengan niat dan diredhai Allah
c)    Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh
d)    Pekerjaan berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab
e)    Menghasilkan kerja yang berkualiti

Apabila semua perkara di atas telah tercerna maka ia akan melahirkan beberapa implikasi berikut:-

a)    Menerima 3 jenis balasan
1)    Mendapat balasan dalambentuk material
2)    Mendapat balasan dalam bentuk kepuasan
3)    Mendapat pahala di akhirat kelak

b)    Ia akan dirangsang dengan kuat untuk bekerja
c)    Ia akan menjadi seorang proaktif berdisplin dan boleh dipercayai
d)    Ia akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran termasuk perkara tidak bermoral
e)    Ia menjadi pekerja yang berprestasi tinggi


Sumber: JAIS

 

Wednesday, February 23, 2011

Jangan Menggunakan Perkataan "Salam"

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya
.

Tuesday, February 22, 2011

Selamat Hari Lahir Najmi


Semalam (21 Februari) ialah hari lahir anak mama, Najmi. Mama doakan anak mama sentiasa sihat, sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.. berjaya di dunia dan di akhirat.. jadi anak yang soleh.. yang sentiasa mengenang jasa orang tua..

Kesian dia.. kakak dan abang-abang tak ada kat rumah, jadi tak dapatlah nak celebrate sama-sama. Tapi mama kata insyaAllah.. minggu depan bila semua ada kat rumah, mama akan beli kek seperti kebiasaan kami sekeluarga buat. Setiap hari lahir ahli keluarga, mama akan beli kek untuk makan-makan sekeluarga. Bukanlah celebrate besar-besar pun... cuma sebagai ingatan. Sementara nak tunggu kek, mama tempah  coklat yang ada gambar Najmi..

____________________________________________________
Seperti yang dijanjikan, mama dan abah keluar membeli kek untuk Najmi...



Monday, February 21, 2011

Bersyukur



Hidup dalam dunia ini adalah untuk bersyukur,


Bersyukur pada orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan kamu


Bersyukur pada orang yang menipu kamu kerana dia yang meningkatkan pengetahuan kamu ,


Bersyukur pada orang yang x mengendahkan kamu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari,


Bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan kebolehan kamu,


Bersyukur pada orang yang menyeksa kamu kerana dialah yang menguji kesabaran kamu,


Bersyukur dengan segala ujian dariNya kerana semuanya meningkatkan iman kamu,

Semoga Allah sentiasa bersamamu SELALU..


AMIN.......


"Mencari secebis kasih"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...