Biru.. biru... dan biru... Kali ni Jae memilih tema biru. Jadi mama kenalah cari yang sesuai. Bila dah siap, oklah.. sedap mata memandang.
 |
Dua hati menjadi satu... Kek ini mama tempah dengan kawan di pejabat, Kak Alijah. Mama suka dengan kreativitinya. |
 |
Cupcake ini pula dibuat oleh adik Miza.. mama bagitau tema mama biru, jadi inilah hasil kreativiti Miza.. |
 |
Kalau ikutkan mama nak beli buah-buah tempatan, tapi bila fikir balik, takut layu dalam perjalanan... jadi mama beli je bual apple & pear. |
 |
Jae nak hadiahkan gelang dan sebentuk cincin kepada Rose selepas selesai akad nikah.. mama pun gubahlah tempat barang kemas seperti ini.. |
 |
Buah tangan untuk para tetamu semasa majlis menyambut menantu nanti.. Mama dah selesai memasukkan pot pouri dalam bekas berbentuk love.. |
 |
Beg ini bakal diberikan kepada rombongan pengantin perempuan. Di dalamnya akan diisikan telur dan baulu. Untuk menampakkan tema biru, mama tambah pin pada "love" tersebut supaya mudah digantung. |
 |
Inilah rupa "love" yang mama isikan pot pouri. |
 |
Ini pula beg gula-gula buat adik-adik yang hadir ke majlis menyambut menantu.. |
 |
Biru dan putih... warna yang serasi.. |
 |
Beg gula-gula biru.. |
 |
Beg gula-gula putih. |
No comments:
Post a Comment