Sunday, September 23, 2012

Nabi Muhammad SAW

Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah yang berbentang waktu 1.400 tahun… bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui solat, selawat-selawat dan doa-doa yang kita lantunkan, kita memohon syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya azab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengubati kerinduan kita yang sangat dalam kepada yang Tercinta Nabi Agung, Kekasih Allah dan peribadi mulia panutan alam??
(Foto-foto ini kebanyakan ialah koleksi yang tersimpan dari pelbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Agung, kekasih Allah …)


Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam …



Sumber: My Ibrah

Baju Nabi Muhammad SAW (Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)

Sebahagian baju Nabi yang lusuh


Cap mohor surat Nabi SAW

Tapak kaki Rasulullah SAW

Tapak kaki Rasulullah SAW

Dua helai rambut Rasulullah SAW

Peninggalan gigi dan rambut Nabi

Pedang-pedang yang pernah dimiliki Nabi

Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas

Baju dan barang-barang Rasulullah SAW

Sandal peninggalan Rasulullah SAW

Busur Panah Nabi SAW


Permintaan Syaitan



Sepuluh permintaan syaitan yang dikabulkan Allah:
Kata syaitan :
1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
Allah berfirman: “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak dan janjikanlah mereka. Tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64).
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.
2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.
4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.
5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.
6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.
7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.
8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).
9. Aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.
10. Aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.
Dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”
Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!!
Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”
Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119)
“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)
Iblis lalu berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong.


Sepuluh Lubang Terbesar di Dunia

Tanda kekuasaan Allah SWT. Terdapat lubang buatan manusia dan juga akibat daripada bencana yang menimpa penduduk di muka bumi. Antaranya termasuklah lubang besar di Guatemala, Great Blue Hole of Belize, Mirny Diamond Mine of Siberiaatau, Burning Gates of Turkmenistan.

Mirny Diamond Mine of Siberia

Great Blue Hole – Belize

Burning Gates of Turkmenistan

Kimberley Big Hole – South Africa

Bingham Canyon Mine – Utah

Glory Hole in Monticello Dam California

Diavik Diamond Mine – Canada

Guatemala Sinkhole

Huquicamata Copper Mine – Chile

Udachnaya Pipe – Russia

Sumber: My Berita

Monday, September 17, 2012

Kembar Seiras




Rahsia Air



Manfaat ciptaan air daripada ALLAH untuk kita MANUSIA.

AIR SEBAGAI PELINCIR - Air bertindak sebagai pelincir sistem penghadaman dan sistem yang lain. Sebagai contoh, air liur membantu proses mengunyah dan menelan makanan serta memastikan partikel makanan dapat melalui corong esofagus dengan mudah. Ia juga bertindak sebagai pelincir di bahagian sendi dan o
tot. Berkurangnya pelincir di bahagian sendi akan mengakibatkan geseran yang menyakitkan badan seseorang.

MENGAWAL SUHU BADAN - Badan kita dapat mengawal suhu badan melalui sistem perpeluhan dari kelenjar peluh ke luar kulit yang menyebabkan kesan sejuk ke atas tubuh. Pergerakan air di dalam badan sistem selular badan amat penting kerana nutrien penting dibawa melalui plasma yang 92% daripadanya adalah air. Plasma darah memainkan peranan penting dengan mengawal pH tubuh badan dan keseimbangan osmotic sekali gus mengubah suhu badan.

MENGELUARKAN TOKSIN TERKUMPUL - Toksin terkumpul disingkirkan melalui pelbagai cara. Antaranya melalui peluh dan air kencing. Ia juga membantu sistem penghadaman dengan mengurangkan sembelit. Jadi, bahan buangan dapat dikeluarkan dari badan dengan lebih mudah. Jika bahan buangan ini tidak dapat dikeluarkan dari badan, seseorang akan mengalami pening kepala dan berisiko untuk mendapat penyakit lain disebabkan toksin yang terkumpul di dalam badan. Minum air dengan banyak juga meringankan beban sistem perkumuhan terutamanya buah pinggang dan hati.

MEMBAWA NUTRIEN PENTING - 92 % komposisi darah terdiri daripada air dan fungsi darah adalah mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh sel badan. Nutrien daripada makanan dipecahkan dalam bentuk larut air dan dapat menembusi dinding usus melalui kapilari serta menyerap ke dalam darah. Kemudian, nutrien dan oksigen ini diangkut dan disebarkan ke seluruh organ di dalam badan.

MENGEKALKAN KEREMAJAAN WAJAH - Penulis buku “The Water Secret: The Cellular Breakthrough to Look and Feel 10 Years Younger” yang juga seorang professor perubatan di Universiti of California, Howard Murad menyatakan mengambil air dengan banyak seperti yang disarankan boleh mencantikkan kulit dan menghilangkan kedutan wajah dengan memberi kelembapan kepada kulit. Jadi tidak boleh dinafikan air adalah pelembap wajah yang paling berkesan berbanding kosmetik yang berisiko mempunyai kesan sampingan.

MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN - Hasil Kajian daripada American Chemical Society melaporkan bahawa orang dewasa yang minum dua gelas air kosong sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam dapat mengurangkan pengambilan 75 hingga 90 kalori dalam setiap hidangan. Selepas tiga bulan kajian dijalankan, peserta kajian dapat mengurangkan purata 11 kilogram berat badan berbanding kumpulan yang tidak minum air sebelum makan.

Memandangkan banyak kepentingan air untuk sistem tubuh, kita perlu memastikan air yang diminum adalah daripada sumber yang bersih dan selamat. Air yang asalnya bertindak sebagai penawar penyakit kepada kita boleh berubah menjadi racun jika diambil daripada sumber yang tercemar atau tidak dijaga kebersihannya.


Sunday, September 16, 2012

Allahu Akbar




Si Burung dan Si Kucing


Hari Malaysia 2012



Hari ini Ahad, 16 September 2012. Hari ini diisytiharkan sebagai Hari Malaysia. Semoga tanah airku sentiasa dalam keadaan aman, damai dan tenteram. Dan... yang paling bahagia, apabila hari Malaysia jatuh pada hari Ahad, maka Isnin kita akan bercuti...

Lain dicari, lain yang jumpa

Kesempatan balik kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan (masih dalam mood raya 2012), mama ke pekan Lenggong untuk mencari putu piring. Sayangnya, kata mereka tuan punya gerai masih bercuti. Maka mama pun pusing-pusing di sekitar pasar dan jumpalah benda-benda ni.. 


Buah perah

Timun dan cili padi (cabai kecik)


Petai dan rambai

Ikan kedera masin



Bells Palsy

Sumber: MyMetro




SEORANG wanita berusia 30-an terjaga daripada tidur pada suatu pagi dan apabila menghadap cermin, dia mendapati wajahnya senget sebelah dan tidak berupaya mengerutkan dahinya.

Lebih mencemaskan apabila dia gagal mengawal pengeluaran air liur serta bergegas ke bilik air untuk memberus gigi. Malangnya, dia mengalami kesukaran berkumur kerana lidahnya terasa kebas sebelum segera ke hospital.

Mungkin ramai yang menganggap wanita berkenaan mengalami strok. Telahan anda silap kerana wanita berkenaan sebenarnya mengalami Bells palsy atau simptom kelumpuhan sebelah wajah.

Menurut Perunding Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Julia Shahnaz Merican, sesiapa saja boleh mengalami Bells palsy.


“Bells palsy adalah kerosakan pada saraf muka. Kira-kira 70 peratus daripada kerosakan itu membabitkan saraf otot kranial ketujuh, yang merangkumi deria rasa (lidah) dan otot dan saraf muka.

“Bells palsy boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira jantina dan tidak memberi ‘isyarat’ awal. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, selalunya ketika bangun tidur.

“Individu yang didiagnoskan Bells palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Bukan itu saja, aktiviti harian mereka turut terjejas seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain,” katanya, baru-baru ini.

Menurut Julia lagi, ramai yang salah anggap mengenai Bells palsy yang dikatakan strok. Ini kerana perubahan atau kecacatan pada wajah sehingga menjadikannya senget sebelah sering dilihat sebagai serangan penyakit berkenaan.

“Seseorang yang diserang strok selalunya akan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan tetapi Bells palsy hanya membabitkan saraf pada bahagian muka saja, sama ada kiri ataupun kanan.

“Oleh kerana pesakit akan mengalami kerosakan atau kecacatan di sekitar wajah, ramai menganggap diserang strok pada hal jika dilihat, tubuh pesakit Bells palsy tidak lumpuh sebagaimana pesakit strok,” katanya.


Apakah punca Bells palsy?

Punca sebenar Bells palsy belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex.

Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang.


Simptom atau gejala Bells palsy:

  • Muka menjadi senget.

  • Mata dan kening mereka kelihatan terjatuh atau condong ke bawah.

  • Tiada air mata pada bahagian wajah yang diserang Bells palsy.

  • Garisan pada pipi akan jatuh.

  • Sukar mengawal pengeluaran air liur.

  • Kesan telinga berdesing atau berdengung yang dikenali sebagai tinnitus.

  • Bahagian depan lidah terasa kebas.

  • Sukar meniup dan menghembus.

  • Sakit telinga atau ada inflamasi (keradangan) di dalam telinga.


    Apakah pemeriksaan yang perlu dilakukan?

    1. Mata

    Doktor akan memeriksa mata pesakit. Pesakit diminta memejamkan mata dan doktor akan membuka mata itu. Jika mata pesakit senang dibuka dan bebola mata mereka ternaik, ia menunjukkan mereka mengalami Bell’s palsy.


    2. Lidah

    Doktor akan meminta pesakit menentukan makanan yang diambil itu masin, masam ataupun manis. Deria rasa pesakit terjejas akibat penyakit itu.


    3. Mulut

    Apabila disuruh bersiul, mereka tidak mampu melakukannya.


    Apakah rawatan Bells palsy?

    Bells palsy boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu daripada kritikal atau teruk hingga paling ringan.

    Jika pesakit mengalami Bells palsy kritikal, mereka perlu diberikan rawatan segera sejurus tiba di hospital. Jika kerosakan itu dibiarkan hingga melebihi lima hari, ia sukar dipulihkan sepenuhnya.

    Pesakit Bells palsy yang teruk akan mengalami kesukaran untuk menutup mata dan doktor akan memberikan ubat titis air mata tiruan untuk memastikan mata pesakit sentiasa lembap dan membekalkan bahan penutup mata untuk memastikan mata pesakit, ketika tidur, tidak dimasuki serangga yang boleh menyebabkan infeksi.

    Berdasarkan kajian, kira-kira 90 peratus pesakit pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan ubat-ubatan seperti steroid dan anti virus yang dikenali sebagai Acyclovir dalam tempoh satu hingga empat minggu.

    Namun begitu, kira-kira 70 peratus pesakit Bells palsy boleh pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan khusus. Pesakit Bell’s palsy juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi di hospital.

    Menerusi rawatan fisioterapi, muka pesakit akan dirangsang dengan bahan yang menggunakan kuasa elektrik. Selain itu, ahli fisioterapi akan meminta pesakit melakukan senaman wajah setiap hari sebagai salah satu usaha merangsang saraf muka mereka.

    Bagaimanapun, kira-kira 15 peratus pesakit akan kekal dengan keadaan wajah yang senget biarpun sudah dirawat.

    Lazimnya, mereka ini lewat mendapatkan rawatan dan mengalami Bells palsy yang serius.

    Oleh kerana kerosakan itu membabitkan muka, pesakit selalunya tidak puas hati dengan perubahan pada wajah mereka dan tidak kurang juga yang mahu melakukan rawatan pembedahan kosmetik.


    Mungkinkah Bells palsy dialami lebih daripada sekali?

    Pesakit boleh mengalami penyakit itu lebih daripada sekali tetapi ia amat jarang berlaku dan tidak sampai satu peratus.


    Adakah Bells palsy memberi kesan terhadap otak dan tubuh badan?

    Tidak, kerana ia cuma kerosakan saraf muka.


    Apakah rawatan untuk Bells palsy?

  • Biasanya pesakit akan dibekalkan ubat steroid untuk tempoh satu hingga dua minggu.

  • Perlindungan mata

  • Pembedahan

  • Cenderamata Buat Mama

    Sempena cuti raya baru-baru ini, mama sekeluarga seperti biasa balik kampung untuk menyambut aidilfitri bersama sanak saudara. Seronok bila bertemu kaum keluarga. Di samping saling bermaaf-maafan, mama juga mendapat beberapa cenderamata ini.... maklumlah, ada yang baru balik dari Europe tour, ada pula dari Korea..








    Tuesday, September 11, 2012

    Thursday, September 06, 2012

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...