Saturday, November 12, 2011

Sebelum Kita Mengeluh...


1. Hari ini sebelum kita mengeluarkan kata-kata yg tidak baik.. fikirkan tentang seseorang yg tidak dapat bercakap sama sekali..

2. Sebelum kita mengeluh tentang rasa makanan santapan.. fikirkan tentang seseorang yg tidak mempunyai apa-apa pun untuk dimakan..

3. Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa.. fikirkan tentang seseorang yg meminta-minta dijalanan..

4. Sebelum kita mengeluh bahawa nasib kita malang.. fikirkan tentang nasib seseorang yg lebih malang dalam hidupnya..

5. Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri anda.. fikirkan tentang seseorang yg memohon kepada Allah untuk diberikan jodoh teman hidup..

6. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang masa.. fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat..

7. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak.. fikirkan tentang seseorang yg sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul..

8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yg kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya.. fikirkan tentang orang-orang yg merempat dijalanan..

9. Dan disaat kita lelah dan mengeluh tentang pekerjaan masing-masing.. fikirkan tentang pengangguran.. orang-orang cacat yg berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita..

10. Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain.. ingatlah kita sebagai manusia biasa.. tidak ada seorang pun yang tidak pernah berdosa.. 
 
Muhasabahkan diri ...

Sumber: Enco Encho
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...