Wednesday, April 13, 2011

Istanbul, Mac 2011

Pada mulanya kami merancang untuk pergi umrah dan ziarah pada bulan Januari atau Februari 2011. Disebabkan masalah visa, niat kami tertangguh.... dan alhamdulillah kami mendapat tarikh baru, iaitu pada 26 Mac 2011 hingga 9 April 2011.

Pagi Sabtu, 26 Mac 2011 - mama, abah dan Najmi dihantar oleh anak-anak yang lain ke tempat yang telah ditetapkan oleh 'Travel & Tours'. Setelah bersalaman dan berpesan-pesan dengan anak-anak, lebih kurang jam 8.30 pagi, kami mulakan perjalanan dengan bas (seramai 37 orang) menuju ke Singapura. Dalam perjalanan, singgah di Gelang Patah untuk makan tengah hari dan solat. 

Perjalanan kami terus ke Singapura, dan di sana kami disambut oleh pemandu pelancong untuk dibawa ke tempat-tempat menarik sekitar kota Singa itu. Penat tetapi menyeronokkan.... Arab Street, China Town... dan malamnya kami solat di Masjid sultan.

Selesai solat, kami terus dibawa ke lapangan terbang Changi... penerbangan kami ke Istanbul pada jam 2330. Sempat bertemu dengan anak saudara yang menetap di Singapura.

Kami tiba di Istanbul jam 0535 setelah berada lebih kurang 11 jam dalam kapal terbang. Setibanya di lapangan terbang Istanbul, kami disambut oleh seorang lagi pemandu pelancong dari Turki. Selesai mengambil semua bagasi, kami terus menuju ke bas yang tersedia..... dan terus dibawa ke Bursa.. Pengalaman yang amat menyeronokkan tatkala menaiki feri ke Bursa..

























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...