Wednesday, March 09, 2011

Masih Adakah Kelak...

Dunia…..
Penuh dengan pancaroba…
Penuh dengan hikayat yang tidak terfikirkan..
Penuh dengan suratan yang masih belum terjawab…
Semuanya seakan-akan menjadi rutin kehidupan
Manusia kadang kala lupa…
Manusia kadang-kala alpa…
Manusia kadang-kala leka…

Tidak pernah ingin melihat kehadapan yang penuh sengsara…
Tidak pernah ingin berubah mengubah waktu silam yang penuh duka…
Umur semakin kelihatan…
Wanita sudah semakin hilang seri…
Si peria semakin hilang kemampuannya…
Namun….
Tiada dia keinsafan…
Tiada dia taubat….
Tiada dia perubahan…
Si tua semakin rancak berhambakan nafsu…
Si muda semakin liar mengikut masa…
Kemodenan Negara menenggelamkan agama…
Kemodenan Negara menyesatkan mereka….
Kemana lagi hala tuju ini….
Kemana lagi tempat untuk memohon…
Kemana kita akan berada kelak…
Mungkin sudah terlambat…
Mungkin sudah tiada…
Kemaafan buat kita..

Tatkala bumi saling berlanggaran…
Tatkala manusia menjerit kesakitan dan ketakutan…
Tatkala si tubuh bergelimpangan tiada tanah…
Tatkala si anak kehilagan ibu mereka…

Maafan kami ya Allah…
Kami lalai dengan kemewahan dunia…
Kami leka dengan keindahan ciptaanmu..
Tanpa kami ketahui ….
Bahawa kaulah penciptanya…
Kami leka…
Tiada kami sedari bahawa….
Mungkin…
Tiada maaf untuk kami kelak…

Nukilan:
Rashidatul Adawiyah
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...