Saturday, March 12, 2011

Kenapa Lelaki Menangis?


Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Segelintir  lelaki jenis ini menangis kerana mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, berasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah swt.

Dia adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki seperti ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling anda adalah lelaki bersikap egois!, mahupun  menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buatnya, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis ialah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Persoalan kenapa pulak lelaki mengeluarkan air mata?

1.  Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
2.  Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
3.  Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
4.  Ibu atau bapanya meninggal dunia.
5.  Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
6.  Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
7.  Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Oleh itu para lelaki jangan takut untuk menangis kerana takut akan dilabelkan seorang yang berhati lembut mahupun berhati tisu, menangislah kerana dosa-dosamu dan menangislah kerana melihat kekuasaan Allah SWT, Maha pencipta buat dirimu..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...