Friday, January 28, 2011

Valentine's Day

10 SOALAN TENTANG VALENTINE'S DAY   Print

1)      Apa itu  "Valentine's Day"?
Iaitu  hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.Warna tema Valentine Day ialah merah, merah jambu dan putih.Merah jambu melambangkan kehalusan.Merah ialah simbol kepada kehangatan, perasaan dan hati .Manakala putih melambangkan ketulenan dan kepercayaan iatu dua hati saling mempercayai.

2)      Bagaimanakah asal-usul terbitnya "Valentine's Day"?
Terdapat pelbagai  versi tentang sejarah Valentine Day.Di sini diperturunkan 2 pendapat.Satu pendapat mengatakan perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol ,iatu Saint Valentine.Beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cardova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi.Kejayaan itu begitu bermakna  kepada Ratu Isabella dan dengan itu 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cardova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan nya Hari Valentine.
Pendapat kedua,dikaitkan dengan kematian paderi St Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius 11 ( 268-270) .Dikatakan St Valentine enggan mematuhi arahan  dan dijatuhi hukuman.Dan didalam penjara St Valentine telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat  cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘ From your Valentine'(daripada Valentinemu).

3) Apakah pandangan Islam tentang  sambutan Hari Valentine?
Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa "Amalan menyambut Hari Valentine's Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam". Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.".
( Dari petikan artikel laman web www.Islam.gov.my)
 Fatwa yang sama telah dikeluarkan Jawatankuasa Perunding Hakim Syarak (FATWA) Selangor yang telah bersidang pada 21 Februari 2006.

4)      Apakah yang yang dimaksudkan konsep kasih sayang yang dituntut dalam Islam?
Kasih sayang  adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam malah merupakan satu keperluan pada setiap manusia. Manusia selalu menyayangi sesama manusia melebihi kasih sayang pada Allah. Dengan itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang disayangi hingga terjadi   kes bunuh diri yang diharamkan dalam Islam. Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi manusia  berdasarkan panduan  Tuhan bukan  nafsu semata-mata. Setiap hubungan manusia sesama  manusia hendaklah berdasarkan etika  syarak  dan janganlah sampai terpesong dengan ajaran agama.

5)      Bagaimanakah ciri pasangan yang sudah bersedia untuk bercinta?
i) Niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa terpelihara
ii) Sudah mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang menjerumus ke arah zina.
iii) Istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan berusaha menjadi muslim yang sebenar.
iv) Sentiasa menjaga batasan aurat.

 6)      Kenapa cinta sebelum perkhwinan mudah terjadi kepada kehancuran dan kemusnahan?
Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Dengan itu mereka mudah  melanggar hukum Allah S.W.T  kerana khayal di alam percintaan. Mereka lemas di lautan kasih tanpa berpandukan batasan syarak.

7)      Bagaimanakah peraturan - peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia?
Peraturan-peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia kita itu didasarkan kepada cinta Allah dan hendaklah kita pastikan semasa menjalin hubugan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar.

8)      Bagaimanakah untuk mengekalkan cinta sesama  manusia?
Letakkan asas cinta kepada cinta Allah. Maksudnya  cinta itu mesti kerana Allah. Cinta itu mestilah didorong atas keinginan untuk sama-sama melaksanakan tujuan hidup yang Allah tentukan." Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada -ku"( Az- Zariyat 51: 56) .

9)      Benarkah cinta sebelum berkahwin lebih indah?
Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampirkan perbuatan zina dan sama waktu dengannya seperti  pergaulan bebas, berkhalwat, memandang dengan pandangan nafsu. Cinta sebelum perkahwinan lebih menghampiri kepada zina apabila ia   dinodai dengan nafsu.

10)      Kenapakah Islam menegah menyambut sambutan Valentine's Day?
Islam melarang perayaan ini kerana boleh menjerumuskan pasangan  kepada  arah maksiat. Sudah sering kita mendengar kes- kes yang berlaku selepas Valentine's Day seperti budaya pergaulan bebas, zina, rogol, AIDS, hamil tanpa nikah, dan sebagainya.Apa yang paling menyedihkan, ini berlaku kepada masyarakat Melayu khususnya  kepada mereka yang beragama Islam.

 11)      Bagaimanakah untuk membina cinta sesama  manusia   berdasarkan Islam?
Sebagai seorang Islam cinta kita mestilah berdasarkan  atas dasar iman, dilaksanakan mengikut  kaedah syariat  dan membentuk ikatan pernikahan yang sah  di antara yang bercinta. Daripada Anas r.a, Rasullah s.a.w  bersabda:

"Tiga perkara yang barang siapa mendapatnya terasalah dia akan kemanisan iman :
  • Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
 •Mencintai sesorang itu tidak kerana lain, melainkan kerana Allah
•Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke  api neraka"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sumber: JAIS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...