Wednesday, January 12, 2011

Suami Yang Baik

1. Memegang Dan Memahami peranan sebagai ketua keluarga sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.  

2. Menunaikan kewajipan  atau tanggungjawab sebagai suami. 

3. Isteri dianggap sebagai jiwanya dalam menempuh kehidupan. 

4. Cinta kasih terhadap isteri mestilah dibina dgn penuh kasih sayang, ikhlas, jujur serta dijelmakan dalam sikap dan perbuatannya.  

5. Setiap perkara hendaklah dibincang bersama terutama soal-soal urusan rumahtangga. 

6. Jangan bertindak kasar, berilah kesempatan untuk memperbaiki kesilapan. 

7. Membantu meringankan beban isteri, baik secara langsung atau tidak langsung. 

8. Berlaku jujur dan ingatlah bahawa Allah Maha mengetahui. 

9. Memahami kedudukan isteri sebagai seorang wanita yg tidak sama tarafnya. 

10. Selesaikan segala sengketa dgn bijaksana, buang nafsu amarah dgn segera, ingat ajaran Allah dan Rasul. 

11. Tidak takut menyatakan kesalahan, segera memaafkan jika terdapat kesilapan. 

12. Ingatlah bahawa isteri dan anak adalah amanat Allah yang akan dipertanggungjawabkan kelak. 

13. Mempunyai prinsip bahawa perkahwinan mempunyai nilai yg mulia dan tinggi.   

14. Mempunyai akhlak yg terpuji mengikut ajaran Islam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...