Friday, September 23, 2011

Kasih Ibu

Anakku…

Apabila ibu boleh memilih

Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu

Maka ibu akan memilih mengandungmu…

Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah



Sembilan bulan nak… engkau hidup dalam perut ibu

Engkau ikut kemana pun ibu pergi

Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan

Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, kerana ibu kecewa dan berurai air mata…



Anakku…

Apabila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu

Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu

Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu

Adalah seperti menunggu giliran memasuki salah satu pintu syurga

Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat ibu rasakan

Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua

Malaikat tersenyum antara peluh dan erangan rasa sakit,

Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada sesiapapun



Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia

Saat itulah… saat paling membahagiakan

Segala sakit dan derita sirna melihat dirimu yang merah,

Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,

Kalimat syahadah kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu



Anakku…

Apabila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,

Maka ibu memilih menyusuimu,

Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan dan tegukan yang sangat berharga

Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,

Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan



Anakku…

Apabila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang mesyuarat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle

Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu



Tetapi anakku…

Hidup memang pilihan…

Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana

Maka maafkanlah nak…

Maafkan ibu…

Maafkan ibu…

Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,

Agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang

Percayalah nak…

Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu

Percayalah nak…

Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…





Oleh: Ratih Sanggarwati (Ratih Sang)

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...