Sunday, December 26, 2010

Permata Hati

Kalau ditanya tentang harta yang paling berharga yang mama miliki... sudah tentu anak-anak mama. Lima orang permata hati, empat lelaki dan seorang perempuan, sudah cukup membahagiakan mama. Permata hati mama bertambah lagi tatkala mama menerima menantu.. dan kini seorang cucu. Doa mama semoga anak-anak mama semuanya 'anak-anak yang soleh dan solehah'.. semoga sentiasa memilih jalan yang diredhai Allah.. sentiasa diberkati dan dirahmati ... dipelihara dan dilindungi, sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah.. berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat. Aminnn...



Along (Fadhli) - anak pertama mama yang telah punya kehidupan sendiri, yakni telah berumahtangga. Namun, setiap hujung minggu, kalau tiada apa-apa halangan, pasti akan bersama-sama mama & abah.


Kak Long (Sue) - menantu pertama mama, isteri kepada anak yang sulung. Kehadirannya menambahkan lagi permata hati mama & abah.


Angah (Fahmi) - anak kedua mama & abah. Agak berahsia.. dan punya citarasa yang agak berbeza daripada adik-beradik yang lain.


Ayang (Nadia)- anak ketiga yang juga satu-satunya anak perempuan mama & abah. Selalu dianggap anak yang manja tetapi bagi mama, anak-anak mama semuanya sama, tiada yang lebih dan tiada yang kurang dalam memberikan kasih sayang.. Cuma satu yang harus mama akui, rumah akan menjadi riuh rendah kalau Nadia ada..


Acik (Fandi) - anak keempat mama & abah. Semasa zaman kanak-kanak dulu, mama cukup bimbang dengan pembawaan Fandi... anak yang agak pasif dalam segala hal.. seolah-olah tidak boleh 'pergi jauh'. Alhamdulillah.. kini anak mama yang ini telah menampakkan kebolehan untuk hidup berdikari.


Paksu (Najmi) - anak bongsu mama & abah. Walaupun bongsu tidak bermakna kemanjaan diberikan berlebih-lebihan. Anak mama yang ini menjadi peneman mama semasa sendirian di rumah, sewaktu abah ke surau atau 'jogging'... Mama doakan semoga suatu hari nanti menjadi anak yang berjaya...


Ikhwan - cucu pertama opah & atuk, anak pertama kepada Along & Kak Long. Biasalah cucu pertama... seluruh kemanjaan keluarga dicurahkan kepadanya. Walaupun kadangkala ragamnya lebih, namun semua akan terhibur dengan keletahnya.. semua akan rindu tanpa kehadirannya.. Semoga cucu opah sentiasa sihat dan akan menjadi anak dan cucu yang soleh..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...