Sunday, May 20, 2012

Gelagat Cucu Opah




Anggerik

Beberapa hari mama tak sempat nak buka pintu dapur, cuma buka tingkap dan bila malam tutup tingkap dan menurunkankan bidainya. Hari ini Ahad, mama bersiap sedia untuk mengemas rumah. Perkara pertama yang mama lakukan ialah membuka pintu belakang (dapur) bagi pengudaraan. Mata mama terpandang pada pasu bunga yang digantung di jeriji.... alhamdulillah... pagi ini mama tersenyum riang kerana anggerik atau orkid mama berbunga... hmmm cantik berwarna ungu..!! 




Saturday, May 19, 2012

Tanda Terkena Syihir

Tanda-tanda bahawa seseorang itu telah terkena sihir, antaranya  adalah seperti berikut: 
TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
  • Sangat susah untuk tidur pada waktu malam. Kalaupun dapat tidur, sesudah begitu lama bersusah payah memejamkan matanya.
  • Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  • Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan, akan tetapi tidak terdaya.
  • Mimpi yang sangat menyeramkan.
  • Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  • Gigi geraham sering berlaga dan  berbunyi pada waktu tidur.
  • Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  • Berperasaan sedih pada saat mahu dan sedang tidur.
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa disedari.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi sedang berada di kuburan, di tempat pembuangan sampah ataupun tempat-tempat yang mengerikan.
  • Bermimpi melihat orang yang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  • Bermimpi melihat hantu.
  • Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
  • Sukar mendapat jodoh.
  • Badan selalu terasa bisa seperti digigit sesuatu, terasa berat dan selalu berasa malas melakukan sesuatu
  • Berasa sakit ketika menziarahi orang meninggal dunia.
  • Sakit pinggang tanpa sebab.
  • Berasa sakit dada selepas waktu asar dan  ke atas.
  • Bermimpi berada  di tempat yang kotor.
  • Berasa sakit pada  anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  • Berasa semacam ada benda bergerak di bawah kulit.
  • Bayi kerap menangis
  • Terdengar semacam bunyi guli jatuh di atas syiling.
  • Suami isteri kerap bertengkar walaupun kerana  perkara kecil.
  • Sayang melampau-lampau terhadap orang yang baru dikenali.
  • Berasa malas untuk mengerjakan ibadat.
  • Menjadi nyanyuk ketika usia lanjut.
  • Cepat  panas baran.
  • Sikap  boleh berubah secara mendadak
  • Berasa gelisah dan panas di tengkuk apabila mendengar  bacaan al-Quran.
  • Gemar  melakukan tabiat buruk
  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  • Kerap sendawa apabila mendengar  bacaan al-Quran.
  • Jika hamil, kerap keguguran.
  • Gagal melakukan hubungan kelamin.
  • Berasa mengantuk apabila mendengar bacaan al-Quran.
  • Mengalami pendarahan  haid  melebihi 15 hari.
  • Selalu mengalami batuk yang berpanjangan.
  • Selalu ditindih ketika tidur.
  • Kuat berangan-angan
  • Mudah berasa  rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan diri
  • Mempunyai nafsu seksual yang melampau.
  • Selalu melihat  ada kelibat makhluk lain di dalam rumah.
  • Terasa semacam diri selalu diperhatikan.
  • Mandul.
  • Kerap mendengar  bisikan yang menyuruh melakukan sesuatu
  • Sakit mental atau gila.
  • Kepala selalu terasa pening, objek-objek seperti berpusing, tetapi tidak disebabkan oleh penyakit pada kedua-dua belah mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  • Selalu terlupa untuk berzikir Allah, liat mengerjakan solat dan mentaati perintah Tuhan yang  lainnya.
  • Fikiran selalu berasa kacau, badan berasa letih lesu dan malas, juga Saraf sering  tersumbat.
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
TANDA-TANDA LAIN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
  • Keadaan yang berubah secara cepat seperti rasa cinta bertukar kepada marah, rasa suka bertukar kepada benci dan sebagainya.
  • Meragui kejujuran pasangan, dan berasa semacam pasangannya berlaku curang. Perasaan ini akan berlegar-legar di dalam fikiran mangsa sihir.
  • Amat sensitif dan sukar untuk mengakui  atau menerima kesalahannya.
  • Melihat pasangannya berwajah hodoh dan menakutkan.
  • Membenci pasangannya dengan perasaan yang meruap-ruap.
  • Marah kepada pasangannya apabila berada di rumah, tetapi akan berasa aman dan tenteram apabila pasangannya tiada di sisi. Namun begitu, dia akan  merindui pasangannya ini apabila berjauhan.
Dipetik daripada : Blog Dr. Rahimah


Makhluk Menakutkan Dari Dasar Laut Ditemui

Subhanallah...

Macam tak percaya pula... nampak macam span... tapi kita perlu ingat, keagungan Allah tidak boleh dipertikaikan.. Kuasa Allah... kunfayakun!!


Ia kelihatan seperti raksasa dari planet lain. Tetapi inilah makhluk yang terasing yang wujud dibawah lautan.
Memeranjatkan gambar-gambar “Polychaeta”, atau cacing skala, menunjukkan bagaimana makhluk ini berkembang dan bertahan dengan tekanan yang melampau lebih daripada 1,000 meter di bawah permukaan air dan persekitaran yang amat buruk tanpa sedikit pun cahaya matahari.
Ciri-ciri makhluk ini termasuk mulut menakutkan yang boleh bergerak keluar masuk, Menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk memakan mangsanya, ini didedahkan dalam satu siri imej-imej yang baru dikeluarkan oleh penyelidik lautan dalam. Makhluk, yang berukuran lebih daripada dua atau tiga sentimeter panjang, sebahagian daripada ekosistem yang tidak diketahui sehingga 40 tahun yang lalu.


Makhluk ini lebih popular dikenali sebagai ‘perokok’ atau cacing Skala ,makhluk ini biasanya ditemui di sekitar zon gempa bumi, gunung berapi dan pinggir plat tektonik. Kawasan ini melepaskan air panas melampau dan koktail bahan kimia yang menyediakan rumah untuk makhluk seperti cacing skala.Makhluk ini seolah-olah makhluk asing dari planet marikh yang panas dan gersang.
Cacing skala merangkak di sepanjang dasar laut berhampiran, Menggunakan gigi ganas mereka untuk mengunyah bakteria dan organisma mudah yang hidup di dalam air panas dan banyak bahan kimia. Makhluk ini mendapat tenaga dari kimia dan bukannya fotosintesis, kerana cahaya tidak menembusi pada kedalaman lebih 1000meter kedasar laut.Ini membawa kepada beberapa hubungan yang pelik: cacing skala adalah perumah kepada bakteria tosymbiotic yang boleh memberikan mereka nutrien.


Sesetengah saintis percaya bahawa cacing skala mungkin bergantung kepada bakteria untuk terus hidup. Keupayaan mereka untuk wujud dalam keadaan seburuk ini yang tidak diketahui oleh manusia, membuat cacing skala menjadi bahan kajian Daniel Desbruyeres, seorang penyelidik kanan di I’lfremer, Institut Penyelidikan Perancis untuk Carigali Laut.
“Jika makhluk ini boleh hidup di persekitaran yang buruk,berkemungkinan manusia juga boleh mendiami planet Marikh yang gersang suatu hari nanti, itulah yang sedang kita kaji pada makhluk ini”, Ujarnya.


“Laut dalam alam adalah salah satu habitat yang paling pelbagai di Bumi, namun persepsi kita masih di peringkat awal”.

Sumber: Harian Metro Online



Akuarium

Kalau dulu mama sibuk dengan KIKO, kucing kasayangan keluarga.. Bagi makan, bagi mandi, gantikan pasir buangannya, kalau sakit bawa jumpa doktor.... Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. Kiko dah pergi akibat sakit gusi... mungkin dah terlalu tua..


Kini... kasih mama beralih kepada ikan-ikan yang dibela dalam akuarium...

Ikan gapi bercampur dengan ikan laga betina... diletakkan di bahagian balkoni rumah

Akuarium ini mama letak di bahagian dapur... sambil makan bolehlah jeling2 .  Di dalamnya mengandungi ikan mas merah dan hitam

Yang ini pula terletak di ruang tamu... Ikan utama yang menghuni akuarium ini ialah ikan PARROT.. Tapi.. alahai malu rupanya.. menyorok2 di celah2 pokok!!

Hmmmm...... yang ini pula diletakkan di luar rumah, bahagian garaj... Terdapat lima ekor ikan puyu di dalamnya

Ikan puyu berenang-renang ranggi !!

Thursday, May 17, 2012

Fridge Magnet

Hobi yang ini juga timbul apabila berpeluang jalan-jalan di tempat orang. Ada yang dihadiahkan oleh kawan-kawan dan selebihnya mama dapatkan sendiri. Hmmm dah penuh dah ni.. 




Garajku

Antara kegemaran mama pada waktu terluang termasuklah menanam dan membelai bunga. Sekiranya sebelum ini mama paparkan bunga-bungaan mama di balkoni, kali ini tanaman mama di ruang garaj. Jom tengok..

Pokok ini yang paling mama gemari.



Pokok kesidang yang belum berbunga.

Pokok lidah buaya


Antara pasu-pasu bunga kertas, tersesat sepasu pokok daun kari.


Hmmmm... yang ini pula pokok bunga jasmin


Kenapa Tidak Digalakkan Minum Berdiri


 
Ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis 'sfringer'. Saringan tersebut boleh terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Apabila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yang tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dapat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantun.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Para Fuqaha' telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini:

Ada yang berpendapat ianya haram, dan hanya dibolehkan jika seseorang itu terhalang untuk duduk, dan inilah pendapat Imam Ibn Qayyim berdasarkan hadis Anas dalam Sahih Muslim bahawa "sesungguhnya Nabi SAW melarang minum sambil berdiri" dan dalam riwayat yang lain berbunyi "Nabi SAW melarang rijal (laki-laki dan termasuk perempuan) dari minum berdiri" beliau meriwayatkannya dari hadis Said bin al-Khudry.

Namun, para fuqaha' lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas yang berkata: "aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri" hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka.

Dan dalam sahih Bukhari, hadis daripada jalan Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal,ia berkata: "Ali bin Abi Tholib datang ke "bab al-Ruhba" dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata "ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda SAW minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)"

Oleh itu dibuat kesimpulan bahawa, hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri memberi erti ia tidak digalakkan, dan hadis yang membenarkan makan dan minum sambil berdiri memberi erti perbuatan itu bukanlah dosa (cuma tak digalakkan) dan ini adalah seperti pendapat at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.
Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/tanpa makruh (bi duun kiraha), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri.

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu

13 Mei... telah dinobatkan sebagai hari ibu. Sebenarnya, setiap hari merupakan hari ibu. Setiap ibu semestinya diingat dikenang pada setiap saat... didoakan kesejahteraannya pada setiap ketika.. Berbahagialah seorang ibu apabila mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah... mempunyai anak-anak yang sentiasa menyayangi mengasihinya... 

Walaupun tidak ada hari tertentu untuk dikatakan hari ibu... tapi hari ini mama tersenyum bahagia apabila anak mama membawakan kek khusus untuk mama.. Terima kasih anak-anak mama.. Kebahagiaan dan kegembiraan anak-anak mama adalah kebahagiaan dan kegembiraan mama...



Yang ini daripada Ikhwan buat opah..



Saturday, May 12, 2012

Sudahkah Kita Bersyukur?

“Dan Dia-lah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur.” (Surah Al-Mu’minun : 78)

Kita punya mata untuk melihat. Sudahkah kita bersyukur? Bagaimana kita bersyukur? Adakah dengan melihat maksiat? Atau melihat keindahan serta kebesaran-Nya?

Kita punya telinga. Sudahkah kita bersyukur?
Bagaimana kita bersyukur? Adakah dengan mendengar umpatan dan aib-aib manusia? Atau mendengar alunan zikir mengingati-Nya?

Kita punya tangan. Sudahkah kita bersyukur?
Bagaimana caranya kita bersyukur? Adakah dengan memegang dan melakukan benda-benda haram? Atau banyak bersedekah dan membantu ummah?

Kita punya kaki. Sudahkah kita bersyukur?
Bagaimana caranya kita bersyukur? Adakah dengan melangkah ke arah kejahatan dan kemaksiatan? Atau melangkah ke masjid dan tempat-tempat kebaikan?

Kita punya lidah. Boleh bercakap. Sudahkah kita bersyukur? Bagaimana kita bersyukur? Adakah dengan cara menceritakan keburukan manusia? Atau dengan berkata baik?

Kita masih bernafas. Sudahkah kita bersyukur?
Bagaimana kita bersyukur? Adakah dengan mengulang kembali dosa-dosa kelmarin? Atau menggunakan peluang hidup itu untuk kembali berpaut pada-Nya?

Ucaplah : ALHAMDULILLAH..





Sumber: Islamic Article



Pengorbanan Seorang Ibu




“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.


Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu…


Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.


Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.


Setahun berlalu…


“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.


Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.


“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”


“Bila?” tanya si anak.


“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.


Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.


Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.


“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”


Si anak kaku..


P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa kita kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan kita. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa.



Share dari Facebook

Wednesday, May 09, 2012

Gambar Menipu Mata


Kapal atau tiang?
Penonton atau rumah?
Berapakah jumlah orang?
Kalau cincin, macam mana nak pakai?
Karpet hidup!!
Air terjun atau manusia?
5 ekor rusa..
Berapa jumlah tiang?
Cuba cari 4 orang..
7 ekor kuda


Saturday, May 05, 2012

Syaitan Iblis dan Syaitan Manusia

SYAITAN MANUSIA adalah manusia yang perangai dan tingkah lakunya jahat serupa syaitan. Syaitan jenis ini tidak akan lari, saperti syaitan dan jin kafir "original" sekalipun azan di kemundangkan.

Hari ini manusia telah di kepung dan dikontrol dengan dasyatnya oleh syaitan iblis dan syaitan manusia. Serangan spritual syaitan hari ini seolah olah tidak dapat ditahan saperti bah besar yang tidak dapat di bendung, sekalipun menggunakan teknologi canggih dan hebat. Syaitan telah berjanji akan menipu dan memperdaya manusia (anak2 Adam) dari setiap penjuru hidup, dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri sebab masa yang tinggal sudah teramat sedikit. Ini telah di nyatakan dalam Al Quran Surah Al A'raf Ayat 16-17 yang bermaksud, "Iblis berkata, oleh kerana engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh sungguh menghalang mereka (daripada) jalan Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka.(Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur".

Inilah janji syaitan yang akan terus mensabotaj dan merosakkan manusia melalui hasutan dan gangguannya dengan apa cara sekalipun. Jiwa syaitan penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat yang tiada had kepada Nabi Adam dan keturunannya. Dan sifat ini telah di warisi oleh syaitan syaitan manusia pada hari ini untuk merancakkan lagi kerja syaitan. Dan pada akhir zaman serangan nya menjadi bertambah hebat, lebih lebih lagi di sokong dan di bantu oleh kuncu kuncunya manusia syaitan yang saya sebut tadi.

Bahaya syaitan tidak mudah di lihat dengan mata kasar melainkan bagi manusia yang bersih hatinya dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan. Iblis pernah bersumpah saperti yang di rakam dalam Al Quran Surah Sad ayat 82-83 yang bermaksud," Iblis berkata: Demi kuat kuasa Mu (wahaiTuhan), aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba hamba Mu di kalangan zuriat zuriat Adam yang mukhlis (yaitu yang di beri petunjuk untuk mentaati Allah dan RasulNya)."

Syaitan dan bala tenteranya, (termasuk syaitan manusia) menyerang manusia melalui berbagai bagai kaedah, antaranya saperti berikut:

Menghalang manusia menuju kejalan yang di redhai Allah.

Mengajak manusia melanggar hukum dan menentang perintah Allah.

Mengajak manusia kearah kehancuran, kebinasaan dan perpecahan.

Memutuskan perkara yang Allah perintah hubungkan saperti hubungan silaturrahim.

Sentiasa mengajak manusia supaya mengubah agama dan menukar ajaran Islam.

Mengajak manusia mensyirikkan Allah.

Menyuruh supaya menghalalkan cara yaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

Menanam kebencian, permusuhan dan perselisihan antara manusia lebih lebih di antara sesama Muslim.

Sentiasa menghalang dan menentang manusia yang hendak berjihad dengan menakut nakutkan atau memberi gambaran yang buruk kepada mereka.

Menyalakan api permusuhan dan peperangan di antara sesama Islam.

Menghasut supaya manusia melakukan kezaliman.

Syaitan turut menyerang pemikiran, hati dan jiwa melalui bisikan dan hasutannya. Di antaranya adalah saperti berikut:

Berusaha melahirkan syak dalam hati manusia terutamamya di kalangan orang yang beriman. Bagi yang tidak beriman dia akan berusaha mengekalkan manusia itu dalam keadaan tidak beriman.

Melahirkan keraguan mengenai wujudnya Allah.

Melahirkan keraguan dalam perkara Akidah dan Keimanan.

Sentiasa akan buat manusia ragu dalam urusan kehidupan.

Menyemarakkan sifat tamak dan buruk sangka

Menanamkan sifat cinta dunia dan takut mati

Menyemarakkan sifat riak dan sukakan pujian

Menyemai sifat hasad dan dengki

Sifat memandang rendah terhadap manusia lain dan tidak menghormati sesama sendiri

Rasa kagum dengan diri sendiri

Sifat bakhil

Sifat takabur

Yang paling bahaya dia menggunakan kaedah taz-yin yaitu maksudnya menampakkan rupa cantik, elok dan benar terhadap perkara yang batil. Dalam apa jua urusan yang dilakukan oleh manusia, syaitan iblis dan syaitan manusia akan campur tangan, menampakkan bahawa perbuatan manusia itu baik sedangkan hakikatnya ia tidak baik. Ini akan menyebabkan manusia merasa bongkak dan syok sendiri dan akan menganggap dirinya sahaja yang betul dalam segala hal, terutama dalam hal hal agama.

Maka kita dapat lihat di sini bahawa perkara yang bersabit dengan kejahatan semuanya ada hubungan dengan syaitan iblis dan syaitan manusia.




Sumber: Blog Tok Wan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...