Monday, April 30, 2012

Thomas and Friends

Cucu opah yang sorang ni.... tak habis-habis dengan permainanannya. Kini kegilaannya Thomas and friends.. Gembira tak terkata apabila dibeli oleh abahnya baru-baru ini. Apa-apa pun, permainan lain tetap juga dituntut!!! 



Balkoniku..









Bunga Kesidang

Kesidang, kerak nasi, vallaris glabra... semuanya sama. Setelah beberapa tahun mama tanam... dari pasu kecil pindah ke pasu besar, dari garaj pindah ke balkoni... (gara2 mencari cuaca dan suasana yang sesuai)... akhirnya berbunga juga. Alhamdulillah... Walaupun bunganya belum begitu banyak, baunya tetap semerbak... petik sekuntum letak dalam bilik... hmmmm... menyamankan...



Friday, April 27, 2012

Allahuakbar

Apabila Israfil Meniup Sangkakala




Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Islam Iman Ihsan Fb.



Thursday, April 26, 2012

Tiga Perkara






♥ ADA 3 PERKARA YANG TAKKAN KEMBALI♥
1. Waktu / Usia
2. Perkataan
3. Kesempatan


♥ ADA 3 PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA♥
1. Kemarahan
2. Kesombongan
3. Dendam / Iri Hati / Dengki.


♥ ADA 3 PERKARA YANG TAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA ♥

1. Cinta
2. Keluarga
3. Sahabat





Tuesday, April 24, 2012

Ikan Gapi





Bela ikan gapi.... dapat hilangkan stress di pejabat...



Bayi Berkaki Enam



Sungguh malang nasib bayi ini. Menderita kelainan genetika, bayi asal Pakistan ini, terlahir dengan enam kaki di tubuhnya. Sejumlah doktor di Institut National Kesehatan Anak Pakistan, kini mencuba untuk mengangkat empat kaki bayi yang kini dirawat di unit perawatan intensif rumah sakit tersebut.

Menurut Pengarah Institut Nasional Kesihatan Anak Pakistan, Jamal Raza, ibu dari bayi istimewa itu diramal mengandung bayi kembar, namun pertumbuhan janinnya tidak sempurna berkembang menjadi prematur. Hal itu mengakibatkan janin itu tumbuh menjadi seorang bayi yang memiliki organ kaki tambahan. Jamal menambahkan, pihaknya merancang akan mengoperasi kaki anak itu, dan mempertimbangkan akan meminta bantuan dari para pakar asing dengan pengalaman lebih mendalam kelainan langkah tersebut, yang diyakini menimpa hanya satu dari satu juta bayi.

Sumber: Harian Metro Online


Batang Betik Berwajah Manusia



PONTIAN – Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia. Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.

Sumber: Kosmo online

Thursday, April 19, 2012

Burung Cenderawasih

Inilah rupanya burung cenderawasih... memang sungguh cantik berbulu halus. Mama sempat melihatnya dengan lebih dekat semasa di Zoo Melaka. Banyak cerita tentang burung ini..





Zoo Melaka

Sesuai dengan kursus yang diambil Fandi... antara sentuhannya di Zoo Melaka..












Fandi

Alhamdulillah... 14 April 2012, kami sama-sama meraikan majlis konvokesyen salah seorang anak mama, Fandi. Mudah-mudahan akan terus maju lagi..



Wednesday, April 11, 2012

Kasihnya Anak

( berkongsi email daripada rakan)

"Jgn kau sakiti hati IBU AYAH, Jgn kecewakan mereka.. Keredhaan ALLAH takkan hadir tanpa keredhaan Kedua Ibu bapa... Ya-ALLAh ampunilah dosaku, Ibu bapaku, adik beradik, kaum muslimin dan uslimat serta orang2 yang aku kasihi.. AMIIN YA Rab..."

Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan bandingkan penderitaan kita serta layanan terhadap ibu kita. Saya dilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata sepasang suami isteri ber'jenama'. Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit hitam (ala anak mamak gitu). Kebetulan adikku juga perempuan yang mempunyai kulit putih melepak. Seawal usia aku mengenal tanah aku telah dibiarkan bermain di panas bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah kebencian ibu.

Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya yang lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulah yang akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga kini bekas torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut. Ketika tu aku pernah terfikir untuk lari kerana mengikut penilaian ku sendiri aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku dibenci oleh ibu. Sedih rasanya.

Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi sipi terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak.Hanya hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan berkuahkan air mata.
Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku sendiri tidak tidur lena apabila mengenangkan.

Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apa makanan dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam dan pembaris, pun begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan untuk ibu demi mencium tangannya sebelum menduduki peperiksaan. Aku berjaya menjadi antara 10 terbaik di sekolah. Aku berjaya ditempatkan di asrama penuh. Tetapi disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul ketika tu. Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa tingkatan 3 aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku (tingkatan satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput. Sedangkan aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika ayah memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku diberikan standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan nama sekolah. Ayahku terpanar sehingga menitiskan air mata semasa menungguku pulang dari sekolah.

Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding. Tetapi aku tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki asrama penuh. Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila. Alhamdulillah aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa aku tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku walaupun jauuuh di sudut hatinya.

Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu. Sekembaliku dari luar negeri aku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat lagi kata katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak terungkap di sini.

Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku ceritakan disini.


Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket dari jauh menghantar ibu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu mendakapku, di dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku terjatuh atau dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim lain kerana ayahku telah tiada).


Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang terlalu ramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di tengah-tengah orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redha ibuku disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang"
"Ya Allah Ya Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa di dalam jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadah tanpa ada cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . .panjang lagi doaku. Kalau tidak kerana anak anakku menangis mau rasanya aku solat sunat di lapangan terbang itu bermunajat. 
Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari Mekah, aku yang ditujunya. Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dan dicium. Katanya beliau hanya teringatkan aku di setiap tempat suci. ALHAMDULILLAH. Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas.  Kadangkala itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati.

Ku jaga dengan penuh hati-hati. Ditambah lagi aku sudah punya anak, ku jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiadaberbelah bagi. Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai anak, kini aku nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan kita dengan seribu satu penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam. Alahai, walau didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat membalas jasa ibu

Bertaubatlah. Sedarlah syurgamu di telapak kaki ibu . ... . Apa yang ingin dikongsi bersama, setiap kali selepas solat berdoalah agar kita dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita lebih gelap dari malam.
Hati yang bersih akan terpancar di wajah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...